Monday, March 30, 2009

MTQ2009 ; Kenapa Kedawang gagal..?

Kecewa...satu perkataan saja yang mampu gambarkan hati aku bila semua result untuk setiap acara yang aku uruskan semuanya tak ada nama Kedawang. Pencapaian yang aku rasa paling buruk dalam sejarah, kenapa buleh jd macamni?

Aku bergaya sakan depan bilik Urusetia MTQ 2009...bukan selalu buleh pakai baju melayu bersampin ni..kalu takdak apa2 event takkan saja2 nak pakai.. Kalu pakai jugak? Cari bini 'gasak'..

Bersama sahabat seperjuangan ; Us Solehuddin SKKT, Us Akhimi SKPM dan Us Ammar SKE

Menggunakan kaedah Pemerhatian (macam nak buat PKSR) aku merumuskan ada beberapa faktor kegagalan SK Kedawang menempatkan diri sekurang-kurangnya 5 sekolah terbaik Daerah Langkawi dlm MTQ. Pertama, adanya sikap melarikan diri dari tugas (budaya escapism) dalam segelintir GPI di Kedawang. Golongan ini hanya akan datang sekolah tepat pada waktunya dan pulang juga tepat pada waktunya, keseluruhan masanya semasa di sekolah hanyalah menyelesaikan tugas2 rutin guru spt semak buku kerja dsbnya. Golongan ini amat jarang memberi buah pandangan, malah tenaganya juga amat sedikit dalam membantu aktiviti2 panitia mahupun persatuan A.Islam. Faktor yang kedua, bebanan tugas yang bertimbun2 untuk GPI yang rajin dan mahu menyumbang tenaga. Golongan ini amat proaktif dlm setiap aktiviti P.Islam dan sentiasa menyumbang idea membantu panitia dan persatuan. Akan tetapi amat malang skali apabila tenaga mereka ini semakin dibazirkan dengan tugasan2 yang tidak berkaitan dengan bidangnya. Ada yang terpaksa fikirkan rombakan jadual waktu sekolah, ada yang kena uruskan perbelanjaan dan pengurusan PIBG dan ada juga yang kena bantu Unit UPSR buat program, ada yang kena format komputer2 lama sekolah dan macam2 lagi.

Faktor yang ketiga yang tidak kurang penting menjadi penyebab kegagalan GPI membentuk pasukan ampuh ke MTQ ialah kurangnya kemahiran dan ilmu di kalangan guru P.Islam. Kalau sekiranya nak membentuk pasukan nasyid yang hebat mesti ada kemahiran seni suara yang baik, tp malangnya kemahiran itu sudah jarang dimiliki oleh ustaz dan ustazah sekarang, kita bnyak bergantung kepada guru muzik. Kalau mereka sibuk maka alamatnya 'kantoi'la kmpulan nasyid kita. Selain itu berapa kerat saja ustaz ustazah kita berkemahiran dalam ilmu Tarannum, rata-ratanya ajar budak pakai main hantam saja (termasuk la aku). Inilah yang menjadi barah yang merebak dan memusnahkan legasi kehebatan Kedawang yang ditinggalkan rakan2 guru yang terdahulu.

Apapun yang berlaku, ianya sudahpun berlaku..laluan untuk Kedawang bangun makin sukar sekiranya plan penyelamat tidak dimulakan sekarang. Atas bahu siapakah tugas itu..? Tentulah atas bahu aku dan kawan2 aku kat Kedawang..takkan nak letak atas bahu Bang Chin tukang besi pulak.. InsyaAllah dengan azam dan tekad yang baru Kedawang pasti akan kembali ke persada kejayaan..Allahuakbar..!