Saturday, April 25, 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009 FASA 2

24-25/4/2009 - (JUMAAT - SABTU)
Alhamdulillah, unit j-QAF SK Kedawang berjaya merancang dan melaksanakan kesinambungan program Kem Bestari Solat bagi tahun ini untuk kali yang kedua. Penglibatan fasilitator, rakan j-QAF serta peserta amat baik walaupun di kedua-dua hari program hujan turun dengan lebatnya, ini tidak merencatkan kem kerana hampir keseluruhan kem ini dijalankan di lokasi berbumbung. Kem kali ni banyak Azaliza yang handle, terima kasih kat dia sbb byk tolong, lagipun aku terlibat dengan mesyuarat kat Bayview. Apapun tahniah untuk semua rakan2 guru..dan yang paling aku kagum kesanggupan pelajar2 kelab Rakan j-QAF yang sanggup turun membantu kem, terima kasih sangat2 ustaz ucapkan buat kalian..

Penilaian terhadap peserta aku rasa perkara kedua dalam kem ni, yang paling penting bagi aku semua murid dapat manfaatkan masa yang ada dalam kem ini untuk latih tubi bacaan yang masih lemah atau tak betul dan dapat memperbetulkan yang mana yang masih tak kena..

Sempat jugak posing depan budak2, bukan senang aku nak amik gambaq camni, aku kan cameraman, selalunya cameraman mesti gambaq dia takdak, tak kira la program apa pun.. Dah ada orang sanggup amik gambaq aku, layan jela..

Wednesday, April 22, 2009

Mesyuarat Pemurnian RPT Tahun 6 ; Bayview Hotel Langkawi

21-23 April 2009 - Bayview Hotel Langkawi

Alhamdulillah hari ni bermulanya 4 pakej mesyuarat yang diadakan serentak di satu lokasi. Aku terlibat dengan mesyuarat Pemurnian RPT P.Islam Tahun 6 bersama nakhodanya Us Fauzi Abdul. Mesyuarat kali ni juga aku macam biasa terlibat dalam membantu pegawai2 dari BPK KPM, kalu dalam kata lainnya depa ada istilah untuk meng'kategori'kan tugas aku ni..LO: maksudnya Land Officer. Aku tak kesah sangat apa pun tugas aku, tp aku sangat bersyukur dalam ramai2 guru j-QAF kat Langkawi Allah Taala pilih aku. Banyak pengalaman yang dapat dikutip sepanjang terlibat dengan mesyuarat ni, aku rasa dah tahun ke-3 aku terlibat dengan mesyuarat ini, dan yang paling aku rasa beruntung ialah dapat mengenali ramai sahabat atau rakan2 dari negeri2 lain. Mereka2 ni semua bukan calang2 orang, ada yang pakar Jawi, pakar KBS, pakar dalam ICT, pakar grafik, pakar dalam Excel (us Shahrin yang buat e-laporan j-QAF) dan macam2 pakar lagi..  Ternyata akulah yang paling 'lekeh'...tapi takpa sebab aku tau depa semua manusia yang hebat, tak penah pandang orang sebelah mata, walaupun depa tau aku memang hanya seorang guru j-QAF biasa.. Aku Kagum...! Bayangkanla seorang pegawai yang berDG44, DG48 malah DG52 boleh berkomunikasi dengan mesra tanpa memandang kepada status pangkat mereka yang bagi aku sangat tinggi.. Alhamdulillah, Allah beri mereka kehebatan pekerti yang tinggi...InsyaAllah kalu ada rezeki aku jumpa lagi orang2 hebat ini masa2 akan datang..

Hari pertama pegawai2 sampai aku bawak depa pekena laksa penarak, tak payah aku pekenai dah, mmg depa dah kenai dah laksa kat penarak tu siap tau jalan nakpi lagi, maklumla depa dah byk kali mesyuarat kat langkawi ni..
 
Dua orang individu yang sangat2 penting (orang putih kata VVIP) dalam pelaksanaan program j-QAF, buleh dikatakan mereka ni la yang pugar lorong2 dan jalan2 yang dilalui oleh pelaksana2 j-QAF hari ni..Ustaz Fauzi dan Ustaz Azizan..

Ini pulak hulubalang j-QAF negeri Kedah, dengar kata banyak kali pegawai ini di'offer' untuk berkhidmat di Putrajaya,"...saya masih sayangkan bahasa Arab negeri Kedah," ujar beliau bersemangat..itulah Ustaz Mohd Rushdan Azizan. Disebelahnya ustaz Radzi Abu Hassan rakan sejawat dari SK Kedawang yang sekarang sedang menuntut di IAB.

Perasmian mesyuarat 4 pekej ini disempurnakan oleh Pn Hjh Fauziah binti Mohamad, Ketua Bidang P.Islam Bghn Pembangunan Kurikulum, KPM.

Yang berbaju putih Us Zulkifli dari SK Pendang dan yang berkot Us Hassan dari sekolah di Sabah. Mereka merupakan Jurulatih Utama bidang Kurikulum. Mereka merupakan pakar dalam membina dan memurnikan rancangan tahunan bagi subjek Pendidikan Islam

Yang ni pulak Ustaz Hasbi, setiap kali ada beliau mesti mesyuarat jadi meriah..perkataan 'SadaqaLLahulAzim' mesti akan menggamatkan suasana dengan gelak ketawa kawan2..

Yang sebelah kanan skali ialah Ustaz Dzahar dari SK Santan Perlis, beliau juga merupakan pakar kurikulum j-QAF.

Group ini kena buat modul2 j-QAF, mereka semua kebanyakanya rakan2 semasa di maktab dulu..kebanyakannya dari Perlis.


Dalam bilik hotel, tak tidoq kat hotel pun, singgah solat zuhur ja..

Bantu ustaz Hasbi sikit2..

Perbincangan yang rancak berkaitan RPT Tahun 6, banyak jugak perubahan yang terpaksa dilakukan..dan banyak jugak perdebatan berkaitan dengan RPT tersebut, akan tetapi yang pasti, banyak lagi yang aku tak tahu pasai nak membina rancangan ni,...susah jugak..kita ja senang, guna ja..