Friday, October 23, 2009

3 Zaman Kehidupan..

1. Zaman Muda:

Ada Masa + Tenaga ... tapi Duit takdak...

teen

2. Zaman Bekerja :

Ada Duit + Tenaga ... tapi Masa takdak..

midlife

3. Zaman Tua :

Ada Masa + Duit ... tapi Tenaga pulak takdak..

old

Tuesday, October 20, 2009

Puisi Menarik Untuk Renungan Bersama...

Mak..!!

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata…memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku…. mak
Bila lapar, yang suapkan aku…. mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut…. Mak

Bila bangun tidur, aku cari…. mak
Bila nangis, orang pertama yang datang …. mak
Bila nak bermanja, aku dekati…. mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah…. mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya…. mak

Bila nakal, yang memarahi aku…. mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma…. mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah…. mak
Bila takut, yang tenangkan aku…. mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk…. mak

Aku selalu teringatkan …. mak
Bila sedih, aku mesti talipon…. mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu….. mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! “
Bila sakit, orang paling risau adalah…. mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga…. mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu…. mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku…. mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk….. mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku…. mak
Yang selalu berleter kat aku… mak
Yang selalu puji aku…. mak
Yang selalu nasihat aku…. mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk….. mak

Aku ada pasangan hidup sendiri….

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari…. mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada…. mak

Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….. emakku

Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah…. mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila… aku nak talipon mak

Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”.
Berderai air mata jika kita mendengarnya……..

Tapi kalau mak sudah tiada….. …..
MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….

Puisi menusuk kalbu ini aku ambik dari blog http://drzeze.wordpress.com/.

Sunday, October 11, 2009

Lama tak masuk post..Lepas Geram sikit..


Tekun mendengar teguran..

Mai sekapai..

Majlis Penutup kena berucap...sejuk tangan2..

Layan ja..walaupun lutut berlaga..

Penutup disempurnakan oleh Timbalan Pengarah JPN Kedah

Pada 29, 30 dan 1 Oktober yang lalu aku diberi peluang mengikuti Kursus Khas GPI di SP Inn Sg Petani..Alhamdulillah kursus ni dapat menyelamatkan aku dari kena pi kursus Guru Penyelaras Bestari selama sebulan kat Maktab Perlis.. Ejas punya ejas dapat jugak aku skip kursus yang begitu panjang itu dengan restu GB.. Ada dua benda yang aku nak utarakan dalam entry kali ni iaitu pasai Guru Luar Norma dan satu lagi pasai kursus Khas GPI yang aku ikuti tempoh hari...

Ramai sahabat yang respon kenapa lama tak masuk entry baru dalam blog ni...aku ada sebab tersendiri, bukan la sibuk sangat pun tapi entah...macam ada sesuatu yang menyebabkan aktiviti ber'blog' ni jadi tawar sangat..

Aku dilantik sebagai Penyelaras Bestari oleh GB sekolah aku yang lama pertengahan tahun lepas, lepas saja dilantik kena la ikuti beberapa siri kursus untuk memantapkan diri..Untuk yang tak tau apa tugas Penyelaras Bestari aku nak bagitau, GPB ialah guru yang bertanggungjawab menyelaraskan keseluruhan aktiviti ICT di sekolah, menyelenggara serta bertanggungjawab menjaga serta membuat stok setiap peralatan ICT di sekolah.. Status GPB ni sama macam guru j-QAF jugak iaitu sebagai guru luar norma.. Dulu masa dilantik aku dah cakap kat GB yang aku ni dah jadi guru luar norma dah, jadi banyak la 'norma' yang aku kena tanggung kalu aku terima jawatan GPB nih...tp GB berkeras jugak nak lantik sebab aku ni berDG41 katanya.. Banyak jugak hujah yang aku kemukakan tp semuanya dibakul sampahkan oleh GB..aku nak kata apa lagi dah ketua jabatan bertitah, kena la kita menjunjung titah...tp dalam hati Allah dan aku saja la yang tau.. Nak diringkaskan cerita, aku banyak jugak berbincang dengan pegawai2 jQAF dari KPM sampai la ke PPD semuanya masing2 pendapat.. Tapi persoalan itu terjawab jugak secara sohehnya apabila Us Somad menegaskan dalam kursus khas baru2 ni bahawasanya memang kita guru j-QAF tidak boleh menerima perlantikan sebagai GPB dan ianya bertentangan dengan pengamalan dalam perjawatan di sekolah.. GB aku yang baru jugak ada menyebut sekolah akan kerugian seorang guru bilamana dua jawatan yang berbeza dipegang oleh hanya seorang guru, sepatutnya sekolah dapat 2 orang guru iaitu GPB dan GjQAF tp bila dibolot 2 jawatan tu sorang ja pegang rugila sekolah..

Kursus baru ni jugak banyak mengajar aku tentang kualiti guru j-QAF yang sebenarnya... Aku jugak berhadapan dengan banyak kecelaruan dalam kursus tu...tp takpa ianya pasti akan mematangkan kita.. Jejak saja kaki di SP Inn terus terimbau kenangan indah 4 tahun lalu berkursus bersama2 sahabat2 kohort pertama jQAF, Kursus Pemantapan GPI Program jQAF Kohort pertama pimpinan Us Rushdan sungguh indah untuk dikenang, biar walaupun termakan nasik lemak bersama jarum peniti pun tapi aku tetap kata kursus tu best.. Disitulah aku dan rakan2 diajar dan dibimbing menjadi GPI generasi baru..disitulah lahirnya semangat baru GPI... segala rupa buruk dan perangai busuk yang menjadi label untuk GPI kami bersihkan di situ.. Hasilnya lahirlah GPI yang pakar dalam segala bidang, kemas dan segak dalam berpesonaliti serta mempunyai daya fikir di luar lingkungan pemikiran biasa.. Semangat dari kursus itu masih membara sehingga sekarang walaupun ianya semakin susut hari demi hari.. Aku lihat dalam kursus khas baru2 ni rata2 sahabat2 jQAF masih mengekalkan identiti yang dibina 4 tahun lalu, tp malangnya layanan urusetia kursus sedikit mengguris hati aku dan sahabat2..
****************************************************************************
(...baris2 ayat yang aku pernah tulis sebelum ni di'edit' semula atas nasihat rakan2 demi kemaslahatan bersama..)
***************************************************************************
Aku bukan nak cari salah orang tapi bertindak profesionallah dalam setiap perkara.. Bila aku baca blog sahabat Akhimizi aku jadi kenal siapa sebenarnya insan yang Mizi maksudkan sebagai "Orang Yang Pandai Jawab" tu.. Takpa Mizi tak kena kat depa lagi, tak lambat depa akan rasa jugak nanti tu..

Thursday, August 20, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..


Selamat Datang Ramadhan.. Moga Ramadhan kali ini bukan seperti Ramadhan sebelum2 ni.. Takmau dah retorik mulut ja...kata nak tingkatkan amalan tapi masih kat takuk lama jugak..

kata nak khatam quran dlm sebulan tp yang jadinya khatam quran dlm setahun...
kata nak banyak qiyamullail tapi yang jadinya banyak naumullaila wa nahaara...
kata nak belajar2 jaga mata tapi yang jadinya ...
kata nak terawih 20 rakaat setiap malam tapi kadang2 8 jugak...
kata nak kurang 'membazir' tapi 'membazar' ramadhan RM20 setiap hari...
kata nak kurang b'cakap tapi makin lama cakap makin berapi...(tambah2 bila ckp pasai orang)
kata nak buka posa makanan ala kadar tapi yang jadinya ala Kandar ataupun Kandahar..
kata nak solat maghrib dulu pastu baru makan nasik tapi yang jadinya nasik dulu baru maghrib..
kata nak minum ayaq satu warna ja tapi yang jadinya ayaq berwarna warni..

Banyak dah yang aku kata nak buat...nak buat...nak buat...
Tapi...terbuat ka aku..?

Moga Allah SWT beri kekuatan kepada aku dan semua insan yang beriman untuk menikmati kemanisan beribadah di bulan yang amat mulia ini... Jadikan segala azam kita untuk menjadi yang terbaik dalam madrasah Ramadhan ini satu realiti..bukan lagi setakat azam semata2..

Selamat Datang Ramadhan...tak sabar rasanya menunggu kehadiranmu..

Tuesday, August 18, 2009

Cuti nak buat apa..?



Kemarin aku, zul dan izwan sempat lagi pi beriadah sihat2kan badan dan minda.. Sambil2 ber'facebook' tersembang dengan zul..dia kata dia pun boring taktau cuti2 ni nak buatpa so aku cdgkan pi rehat2 kat jeti sambil golek2..dia terus setuju.. Izwan lak terpaksa mengasuh anakandanya Iman sementara menanti isteri tersayangnya pulang dari sekolah... Aku keluaq dari umah awai lagi..singgah isi perut kat Akmal di Pdg Matsirat..pastu terus ke Masjid Aishah berjamaah Zuhur di sana..seusai solat terus pi Bank rakyat krn ada urusan penting yg tak perlu aku nyatakan di sini.. Ambik zul kat umah dia dan terus bergegas ke jeti..tak sabaq rasanya nak melampiaskan nafsu di gelanggang boling... sebelum ni ada peluang beraksi bersama Us rushdan and the gang, tp malam itu aku seakan terkesima tgk kehandalan mereka beraksi so aku cakap aku tak reti jela..kalu masuk longkang malu Langkawi ooo...

Zul menunjukkan aksinya.. Jangan2 terus ke longkang..

Belajaq pegang2 bola dulu..


Balik dari boling terus ke Nissan Showroom..niat di hati nak test drive Latio Sport 1.6..ada cerita disebalik kenapa aku nak test drive Latio nih...tp disebabkan aku tak minta permission kat tuan punya cerita ni so aku tak buleh la nak tulis kat sini.. Pada pandangan aku Latio antara model mampu milik terbaik Nissan pada masa ni..enjin dia bila kita hentak sikit memang mengaum sakan..cuma respond enjin agak sedikit lambat tp bila dah melonjak tu tersandaq di kerusi jugak la.. Ruang belakang memang luas, betui kata Falah ruang tempat duduk dia lebih luas dari Civic.. Cuma ruang bagasi agak terhad, tp bila kerusi belakng boleh diturunkan so selesai masalah kalu nak bawak benda2 besaq atau panjang.. Lepas test Latio kebetulan ada sport car Nissan 350Z berlabuh betui2 tepi aku.. Fuh! mengaum sakan.. Dengaq enjin dia memang mantap.. Takdan nak tekan minyak lagi dah menyakaq tayar depan belakang...best giler la.. Tp malangnya tak buleh nak test drive..salesman yang test.. Aku hanya pemerhati terhormat..dia cakap keta tu dah ada owner beli..order baru sampai... Untuk tidak menghampakan diri sendiri, aku amik la dua tiga keping gambaq kenang-kenangan..


Latio Sport masa mula2 beli...

2-3 Bulan lepas beli..

Tak nampak 'tanjak' owner langsung..

Dia punya kokpit bawah sikit pada kapai terbang ja..

Wednesday, August 5, 2009

Kita Masih Alpa dan Leka..


" Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar). "


Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 kami..ya Allah..!!

Pagi tadi aku menerima berita mengejutkan apabila Maaahad Mahmud Langkawi dan Kolej Komuniti Langkawi ditutup seminggu kerana ada suspek jangkitan H1N1.. Sebelum pi sekolah Us Nazmi pula memaklumkan tak dapat masuk meeting KBS sbb terpaksa ke Sridu segera krn pegawai dari pejabat kesihatan mai buat pemeriksaan di sekolah tersebut..ada kes katanya.. Semakin dekat rasanya bala Allah.. Kita saja la yang faham ini signal Allah pada kita.. tp masih ramai di luar sana yang anggap ini satu penyakit biasa..ianya akan hilang ditelan masa.. Betapa kita ni amat 'lekeh' dalam memahami situasi..

Banyak sungguh kerja buat kita yang mengundang murka Allah..tp kita alpa dan leka..

Kalau zaman 90-an dulu kalau kita masuk kampung nak cari orang perempuan dedah aurat susah nak jumpa..tp lani nak cari yang tutup aurat sempurna pulak yang susah.. Yang pakai tudung elok tp pakai baju ketat.. Yang pakai baju elok tak pakai tudung pulak.. Aku pernah bersungut juga kat isteri..kenapala orang perempuan ni susah sangat nak pakai elok2..soalan aku sebenarnya tak perlukan jawapan pun..cuma sekadar satu luahan perasaan saja.. Mungkin ada wanita yang mengatakan, ''...susah nak jaga aurat orang pompuan nii..nak kena tutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan saja.. orang lelaki takpala tak payah nak teruk2 jaga aurat, selamatla orang lelaki.." Kenyataan mcm ni banyak kali dah aku dengar, berhati2lah dalam berbicara saudara2 ku, kenyataan ini buleh merosakkan aqidah kita, orang yang kata ni mungkin lupa, setiap insan yang bernama wanita pasti ada lelaki di belakang mereka..yg akan sama2 menanggung akibat kerja buat mereka di dunia..kalu isteri, yang akan menanggung sama ialah sang suami..kalu anak pula, yang menanggung sama ialah sang bapa.. Khalifah takkan dapat lepas mcm tu saja..Allah Taala akan tanya 'nanti'..

'' Makcik pakaila tudung macam saya..'' kata Adawiyah

Banyak sungguh kerja buat kita yang mengundang murka Allah..tp kita alpa dan leka..

Aku ingat lagi ustaz aku kat Maahad dulu penah kata Langkawi masa zaman Mahsuri - Padang Jarak Padang Terkukur..tapi skarang dah tukar dah.. - Padang Arak Padang Rokok. Anak2 muda minum carlsberg macam minum ayaq 'menet' saja.. Pagi2 berderet2 tin2 kosong abang2 Bandaran kutip tepi2 jalan jual kat kedai besi buruk.. Rokok toksah dok cakap la..kadang2 rokok ni tak kira mulut sapa semua dia nak masuk..punyala jahat rokok ni sampai mulut ustaz2 pun dia nak masuk jugak..hmmm jahat sungguh rokok nih..!!.

Banyak sungguh kerja buat kita yang mengundang murka Allah..tp kita alpa dan leka..

Aku jugak masih ingat cerita sedih Cikgu Sudin.. Murid yang dia sayangi bercerita perihal maknya dan jugak 'pakcik'nya tinggal bersama mcm suami isteri.. Bila ditanya mana pergi ayah..dia menjawab ayah pi kerja..padahal ayahnya kena buang daerah kes dadah.. Maknya bermaharajalela bawak jantan masuk rumah dalam keadaan masyarakat sekeliling tahu tapi mendiamkannya atas alasan ..'dia punya pasai la..jgn kacau kami sudaaahh..!' MashaAllah.. Aku insaf baca kata2 tok guru Nik Aziz dalam harakahDaily, katanya ..."Bala ini akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa. Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku..". Takut juga kita bila Allah bagi sedikit ilmu agama dalam diri tapi senyap seribu bahasa..takut nak tegur masyarakat..

Banyak sungguh kerja buat kita yang mengundang murka Allah..tp kita alpa dan leka..

Yang paling rosak dalam masyarakat sekarang aku lihat adalah solat.. Kita tak payah pi jauh2 kalu nak cari statistik orang tak solat.. Kat sekeliling kita bercambah2..macam cendawan dalam tomyam.. Semua orang tahu solat itu tiang agama..tp nak buat tu tak semua mahu.. Kalu naik bot jam 7 dari kuala perlis ke Langkawi kita dapat tengok la brapa orang saja yang kalut2 cari surau bila sampai di jeti kuah.. sedangkan waktu tu maghrib dah nak abis.. Kalu satu bot jumlah penumpang maksimum lebih kurang 200 orang..tolak bukan Islam kita akan dapat lebih kurang 150 orang mukallaf.. tapi jangan terkejut kalu kita jumpa 4-5 orang ja solat di surau.. Mungkin ada yang berkata 'husnu dzon' depa semua balik solat di rumah tu... Masih boleh solat dalam waktu kenapa pilih solat di luar waktunya..

Banyak sungguh kerja buat kita yang mengundang murka Allah..tp kita alpa dan leka..

Bila bala Allah dah datang mula la nak kuarantin la..nak cari antivirus la..nak pakai mask la.. Macam2 kita sanggup buat.. Tapi kita lupa perangai dan kerja buat kitalah punca segala balasan dan peringatan Allah ini.. Dalam kita dok takut2 ni pun masih ada lagi yang kalut nakpi pasar malam waktu azan maghrib..buat tak kesah saja..mcm takdak apa yg berlaku..geram sungguh bila tengok masyarakat makin leka dan alpa..

Harapnya Allah bagi kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam Islam dan juga kekuatan untuk memberi teguran dan nasihat kepada mereka yang masih alpa dan leka..Aamin..

Friday, July 24, 2009

Kerana Lilin..



Alhamdulillah semalam aku sempat ke Masjid Bohor Merah dengar kuliah Dato' Haron Din...walaupun sampai dah lewat tapi sempat jugak satu jam menimba ilmu dari ulama' tersohor seantero dunia ni.. Dalam sesi soal jawab yg rata2nya soalan diajukan melalui nota.. Banyak jugak soalan yang ditanya.. Antara soalan yang telah dijawab oleh Ustaz yang paling menarik serta sangat molek aku utarakan dalam blog ni ialah berkaitan dengan peristiwa atau tindakan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin yang bersama pemimpin PR menjalankan upacara memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat dengan bersama2 menyalakan lilin.. Berdasarkan laporan media alternatif Dato Seri dikatakan bersama pemimpin2 PR yang lain memegang lilin bersama sebagai satu simbolik protes terhadap kegagalan pihak berkuasa mengendalikan kes tersebut.. Antara persoalan yang diuatarakan oleh Ustaz Haron Din ialah : Adakah upacara memasang lilin itu merupakan upacara memperingati si mati atau hanya merupakan simbolik protes..? Adakah memasang lilin sebagai tanda protes merupakan sesuatu yang haram...kalau begitu bagaimana pula hukum kita memasang lilin ketika 'black-out'..? Sejauh mana penggunaan lilin merupakan satu simbol budaya atau adat resam kaum Cina..?

Menurut Ustaz berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada beliau..'upacara' memegang lilin yang melibatkan YB Nizar dan pemimpin PR itu diadakan sebagai tanda protes mereka terhadap kegagalan kerajaan menangani kes ini dengan baik bukannya seperti yang didakwa sesetengah media yang mengatakan ianya satu upacara keagamaan memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat.. Asas kepada penilaian ini kata beliau ialah 'upacara' tersebut tidak dilakukan dihadapan mayat...ini kerana mayat mendiang berada di Melaka manakala 'upacara' memasang lilin pula diadakan selepas satu sidang akhbar di Perak..selain itu juga selalunya upacara memperingati mayat akan dilakukan setelah mayat dikebumikan, akan tetapi mayat mendiang sehingga peristiwa tersebut (17 Julai) masih lagi belum disemadikan.. Aku juga ada membaca Blog Saudara Idham Lim yang juga seorang berbangsa Cina mengatakan bahawa lilin dan colok adalah sebahagian dari budaya dan adat resam masyarakat Cina..sehinggakan menurut beliau ada sesetengah masjid di negara China menjual colok di luar kawasan masjid dan mereka membakar colok semasa takbir Hari Raya.. Bagi beliau tiada salahnya jika YB Nizar dan pemimpin2 PR menggunakan lilin sebagai medium bantahan mereka kerana ianya bukan sebahagian dari upacara keagamaan.. malah ianya hanyalah simbol protes atau bantahan..

Sesuatu yang perlu diteliti dan diambil perhatian mendalam oleh para cendekiawan yang berhajat mengeluarkan fatwa ialah sebelum mengeluarkan sesuatu hukum mestilah mengambil kira pelbagai aspek serta menyelidik dengan penuh mendalam situasi serta cerita yang sebenarnya berlaku..dan implikasinya. Itulah bagi aku bahayanya jika berfatwa berdasarkan situasi atau cerita tertentu semata2.. Takut2 jika tersalah membaca situasi atau cerita maka di sana adalah insan yang teraniaya dan dipersalahkan.. Selain itu alim ulama yang memberi fatwa yang menyentuh isu bersifat politik dan panas ini juga perlu lebih berhati2 dan jangan terlalu cepat reflek kerana kelak dibimbangi mereka akan dilabelkan sebagai 'dipergunakan oleh pihak2 tertentu' walaupun hakikatnya mereka ikhlas membantu menyelesaikan kemelut masyarakat..
Dan kadang2 'orang2' politik juga harus bersikap berlapang dada dengan para cendekiawan Islam dan alim ulama yg cuba menegur.. Jangan cepat sgt melatah dan menuduh itu dan ini.. Jangan juga ringan mulut melabelkan ulama ini 'dipergunakan', 'syaitan bisu', 'ulama suk' atau sebagainya.. Takut2 nanti muflis kita di depan Allah Rabbul Jaliil.. Nauzubillah..

Aku tak mahu nak mengulas jauh dari aspek politik.. Aku respect jawapan Tn Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa ulasan serta jawapan yang bersifat politik akan menyimpang dari matlamat mencari kebenaran dalam soal hukum.. Politik juga boleh ditunggang sesuka hati secara sembrono yang menyebabkan mangsanya ialah masyarakat yang akan keliru mana satu fatwa keuntungan politik dan mana satu fatwa matlamat hukum yang sebenar2nya.. dan kita juga harus ingat bahawa pendakwah yang baik ialah mereka yang cerdik menganalisis situasi serta licik dalam permainan politik demi kepentingan Islam..menurut Ustaz Haron Din perkara seperti memegang lilin itu sepatutnya boleh dielakkan jika kita mengambil pendekatan yang lebih berhati2.. Menutup ruang2 kepada fitnah adalah lebih baik dari mengambil risiko yang akhirnya merugikan perjuangan Islam..

Alhamdulillah apabila waris2 para nabi masih lagi membimbing kita..kadang2 kita dah masuk jalan yang gelap dan berliku..mereka bimbing kita kembali ke jalan yg terang dan lurus.. Syukur padaMu Ya Allah atas segala kurniaanMu..

Kuliah Dato Haron Din di Masjid Bohor Merah akan menemui peminatnya semula bulan Oktober nanti.. Lama jugak nak jumpa pulak ni..

Thursday, July 23, 2009

Coretan minggu ini..


Alhamdulillah minggu ni selesai jugak beberapa perkara yg penting yg perlu dilangsaikan..penat jugak..sampai takdan nak update blog..kawan2 dok tanya pasaipa tak update blog..aku bukan takdan sangat cuma jadi malas dan tak larat...selalu balik dr sekolah sampai umah kui 7 lbh kurang.. Malam keluaq makan tidak pun masak, lepas makan mata dah jd mcm lampu keta aku dah..sepet semacam ja.. Mulut pulak masuk kali ke-4 menguap mata automatik tertutup..mcm vtec jugakla automatik tutup injap..

Selesai sudah data e-pelaporan jqaf hati pun jadi senang.. Banyak jugak sekolah yg buat tak macam yg ditaklimatkan, mungkin depa pun sibuk dan takdan nak tanya..so pakai buat jela.. Ada yg data hantar mai e-sekolah ja..pastu mintak aku import export sendiri.. Takpala mungkin depa tak reti nak buat..aku pun tak reti jugak tp kena la belajar..try and error..tak buleh tang mana tanya yg buleh..hidup akan jd senang..

Kat atas feri nak ke mesyuarat pengisian data di PKG Ayer Hitam..sepatutnya pi dgn Jo tp dia kena uruskan solat sunat gerhana kat Masjid al-Hana so aku sorang jela pi..

Mat Nazri dgn fesyen rambut baru.. Nak masuk sekolah baru kena la potong rambut baru.. rekrut lagi tu..kalu dah naik pangkat nanti baru la buleh taruh rambut panjang sikit..haha

Minggu lepas jugak kena jd hakim kat KEMAS Langkawi..memang kemas jugak la depa punya pengurusan program, berjalan dengan baik dan teratur.. Seminggu sebelum program dah telefon tanya buleh ka dak jadi hakim pertandingan menulis jawi kat tempat depa.. Aku cakap kalu takdak mesy atau program InsyaAllah boleh.. Depa hantar surat ke PPD pastu PPD hantar ke sekolah.. Bila sampai hari program aku pi dengan Mizi, kami jd pengadil (sepatutnya panggil hakim, tp depa panggil pengadil jawi...mcm pengadil bola sepak lak..hihi).. Rata2 peserta dah berumur melebihi 40 tahun..tapi kebolehan depa menulis jawi menakjubkan..!! Banyak jugak perkataan2 yg payah2 dapat depa jawikan..cthnya kompetensi, mempromosi, merealisasikan dan banyak lagi.. Program yg bagi aku agak santai dan relek tp mampu mencapai matlamat atau objektif yg digariskan..Tahniah Kemas Langkawi..cuma kena tgk2 gambar menteri besar yg gantung kat dinding la kot..dok letak gambar lama lagi..tukarla yg baru..kan fitrah kita sukakan yg baru2.. ;)

Pengadil..??

Mizi sedang tunjuk sesuatu..aku pulak sedang sibuk buat dokumentasi..
Nanti blog tak berisi lak..

Tahniah pakcik2 makcik2 yg tekun menulis..mantap orang2 lama nih.. Jawi mereka memang kuasai..

Masih yg lama..? Terlupa ka atau buat2 lupa..?

Pagi tadi selesai Program Penghayatan Israk Mikraj di Masjid Ar-Rahman..penceramah jemputan Ustaz Abdullah Ahmad dari SMKTP berjaya mencuri tumpuan murid dengan gaya dan pendekatan yang tersendiri. Beliau memulakan ceramah dengan menayangkan video kekejaman kristian terhadap orang Islam di Indonesia.. Video yg ditayangkan sungguh mendatangkan keinsafan kepada sesiapa saja yg melihatnya.. Aku pun rasa nak jatuh ayaq mata bila melihat bagaimana kanak2 kecil besaq2 anak aku kena sembelih tanpa belas kasihan.. Memang laknat sungguh depa nih.. Ustaz Nasir yang dok disebelah aku kata..rasa macam nak berenti mengaji dan pi tolong berjihad di sana.. Doalah sama2 supaya kita dapat mati syahid satu hari nanti kata Ustaz Nasir..InsyaAllah.. Ustaz Abdullah jugak cuba menerapkan kesedaran tentang kelebihan solat serta kefardhuannya kepada seluruh umat Islam.. Dan menanti dihadapan adalah azab yg sangat pedih bagi manusia yg ingkar perintah Allah SWT..

Balik ke sekolah pasukan nasyid Maahad Mahmud Langkawi dah tunggu di kantin..murid sampai saja di sekolah mereka dihiburkan pulak dengan halwa telinga dari beberapa lagu yg sedap dan enak.. Aku paling suka ada satu lagu arab yg best.. meremang bulu tengkok dengar..
Terima kasih kepada pasukan nasyid Maahad Mahmud Langka wi kerana sudi memenuhi jemputan SK Kedawang.. Tahniah kepada semua yg menjayakan program hari ini..semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada setiap usaha yg kita lakukan..InsyaAllah..


Terima kasih kumpulan nasyid Maahad Mahmud Langkawi..

Persembahan yg mantap tp sound system 'kureng' sikit menyebabkan ke'power'an lagu2 mereka sedikit terjejas..

Ustaz Abdullah.. Gaya dan teknik penyampaian beliau aku kagumi..
Berteknologi tinggi..
Pengawal bersenjata..untuk menghadapi kemungkinan berlakunya ketegangan..

Tahniah Ustaz Izwan.. Hang memang The Most Hardworking Man In The World.. Beruntung SK Kedawang dpt guru mcm hang.. Ikhlas nih.. ;)

Program sekolah terakhir Us Nasir sebelum berangkat ke Insaniah menyumbang kudrat dan ilmu di sana pulak..

Saturday, July 11, 2009

Koleksi Kemungkinan..


Semenjak berada di alam blog ni jarang rasanya aku bincang pasai profesyen aku sebagai guru jQAF nih.. Rasa mcm tak profesional lak dok bincang hal2 peribadi ja..kena bagi la warna-warni sikit blog ni..nak lawan blog2 tersohor mcm Akhimizi, Amrusham apatah lagi blog paling kerap di'update' Blog SPPIM Kedah..tak terlawan rasanya..mana buleh anak murid lawan sifu..tak berkat nanti..

Fokus aku untuk entry kali ni tentang beberapa kemungkinan yang bermain2 dibenak fikiran aku.. Semuanya berkaitan dengan kemungkinan.. Masa mesyuarat di Quality Hotel dulu aku ada jugak berbincang dengan beberapa orang rakan guru dan pegawai yang sama2 mengikuti mesyuarat di sana tentang perubahan atau transformasi yang akan dijalankan oleh BPI terhadap beberapa aspek penting dalam pelaksanaan jQAF..

Pelaksanaan Kem Bestari Solat misalnya mungkinkah akan dikurangkan kekerapan pelaksaannya kepada 2 kali atau 3 kali setahun..dan mungkinkah terma dalam buku panduan iaitu 10jam untuk satu kem juga akan diubah sama.. Kalu dilihat kepada pelaksanaan di sekolah aku rasa 4 kali kem setahun masih lagi relevan tapi bukan untuk semua tahun..kalu aku buleh cadangkan 4 kali kem hanya untuk tahun 1 dan 2 sahaja, tahun 3 sebanyak 3 kali kem manakala tahun 4 dan 5 dikurangkan kepada 2 kem sahaja...berdasarkan kepada sasaran penguasaan murid aku rasa tahun 1,2 dan 3 mempunyai fokus penguasaan dalam aspek perbuatan manakala untuk tahun 4, 5 dan 6 lebih kepada penguasaan bacaan dan ditambah dengan pengetahuan2 lain yang berkaitan dngan solat seperti kaifiyat solat berjamaah, solat jenazah dan sebagainya.

Penekanan penguasaan bacaan perlu kpd penumpuan secara individu..

Rakan j-QAF yang banyak membantu..

Rasionalnya aku melihat penggunaan tenaga tahun 4,5 dan 6 sebagai fasilitator membantu adik2 mereka di darjah 1,2 dan 3 dapat membantu meningkatkan penguasaan aspek perbuatan mereka secara tak langsung.. Setakat yang aku buat disekolah hasilnya memberangsangkan..kewujudan mereka ini aku institusikan dalam sebuah kelab tak rasmi bernama Rakan j-QAF.. secara tak langsung depa ni akan belajar membantu adik2 depa perbuatan solat dan wudhuk dan secara tak langsung juga depa akan belajar bagaimana bergerak dalam sebuah organisasi..

Kemungkinan yang kedua ialah adakah rekod bacaan murid dalam Program Khatam Al-Quran akan ditukar daripada merekod berpandukan juzuk, surah dan ayat kepada muka surat dalam Al-Quran.. Setakat yang aku tahu Kelantan, Perak dan beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah berubah melaksanakan kaedah merekod dengan menggunakan muka surat ni.. Aku dah lihat kad yang mereka gunakan untuk rekod bacaan murid..sangat mudah..guru hanya perlu tandatangan sahaja di bahagian kolum muka surat yang dibaca oleh murid..tak perlu tulis ayat berapa dan tak perlu tulis surah apa..sangat praktikal.. Murid juga buleh membawa kad tersebut untuk ditanda di kelas KAFA dan juga kelas2 pengajian Al-Quran di kampung.. Ini akan mengurangkan pertembungan dan kecelaruan antara kita guru j-QAF dengan guru2 KAFA mahupun guru Al-Quran kampung berkenaan dengan tempat bacaan semasa murid.. Nanti akan ada pula yang berkata ''..semua nak mudah belaka payah laaaa..''. Tapi aku juga nak berkata, takkan kita nak memayahkan perkara yang jelas2 boleh dimudahkan..boleh pi kuah ikut Hiway Padang Matsirat-Kuah tapi pilih jalan Ayaq Hangat nakpi Kuah..kan tak sehat namanya tu..


Akan lahir beribu-ribu Nik Nur Madihah jika j-QAF dilaksanakan di SM..InsyaAllah

Dan kemungkinan ketiga ialah sejauhmanakah pelaksanaan program perluasan j-QAF ke sekolah menengah akan menjadi kenyataan. Hasil cakap2 aku dengan pegawai2 di kementerian draf pelaksanaannya sudah diluluskan kabinet dan tahap sekarang ni draf itu mungkin berada dalam penelitian dan kajian kementerian kot.. Ramai kenalan yang bertanya adakah program perluasan ini akan menggunakan tenaga guru2 jQAF dari sekolah rendah..persoalan itu aku ajukan jugak kepada pegawai dan jawapan standard mereka ialah masih dalam kajian dan belum diputuskan lagi.. Tp cakap2 berkaitan isu ini macam bau durian kampung..sorokkan bawah katil pun baunya sangat kuat sampai tak terbendung lagi..satu negara bau..!! Kalu la aku buat poll kat dalam blog ni berapa orang mahu tukaq ke sekolah menengah nanti kita boleh tgk berapa orang yang suka ke SMK dan berapa orang yang masih nak di SK.. Tapi macam biasa la setiap perkara ada pro dan contranya..kalu stay kat SK macam tak berkembang kerjaya ja..boring jugak takdak benda2 baru yang mencabar minda..tapi kalu nak ke SMK pastikan power kita macam kita baru keluaq maktab la..sebab benda baru ni kena banyak penerokaan yang berbentuk 'try and error'..macamana kita sukar masa nak mulakan jQAF di SK 2005 dulu macam tu la sukarnya kita nak mulakannya di SMK.. Pemilihan guru yang nak ke SMK untuk program perluasan j-QAF masih belum diputuskan lagi malah pelaksanaan program ini juga masih samar2 tapi perbincangan dalam blog ni diteruskan juga, hanya sekadar suka2..tapi mana la tau dari sekadar suka2 mungkin akan jadi kenyataan..kan?

Ada lagi kemungkinan2 yang sedang bermain2 dibenak fikiran aku nih..tapi cukuplah setakat 3 perkara ni sahaja dulu..sebagai penghulu perbincangan.. Lagi banyak kita bincang pasai profesyen kita lagi bertambah daya kreativiti kita dan lagi hebat daya profesionalisme kita.. Insyaallah..

Ilalliqa'
Wassalam..

Sunday, July 5, 2009

Kearah Merakyatkan Jawi..


Karnival Jawi yang aku hadiri kelmarin bersama dengan sahabat Tarmizi dan 4 orang murid dari SKKD dan SKPM merupakan program yang julung2 kali diadakan.. Jika sebelum ini program2 pendidikan Islam negeri mahupun daerah banyak kita adakan di premis tertutup seperti sekolah, dewan2 dan pejabat2 kerajaan..tetapi kali ini pendekatan dan strateginya agak berbeza.. pemilihan tempat tumpuan umum seperti pasaraya jarang sekali dijadikan venue program kita.. justeru sudah pasti ianya mengundang seribu cabaran yang perlu dihadapi malah ditangani dengan baik dan bijak.. Dan kalu melihat kepada 'bos' yang mengendalikan karnival ini aku dah hampir seratus peratus yakin ianya pasti akan berjaya mencapai matlamatnya..kekuatan idea dan tenaga pelaksana di sekeliling 'bos' ini sangat ramai dan hebat2 belaka..tak hairan la keyakinan aku tu hampir seratus peratus...

Kalu dibincang dari sudut idea karnival ini dibuat di pasaraya.. sebenarnya aku pernah dengar dulu ada perancangan sekitar 2006 untuk mengadakan hari terbuka jQAF di pasaraya..tp mungkin masa tu kekuatan atau kesempatan belum ada jadi idea itu disimpan sementara dalam 'hard disc'..bukan untuk di delete tapi untuk digunakan semula bila sudah bersedia.. Penganjuran karnival jawi ditempat umum telah secara tidak langsung memberi gambaran yang j-QAF sudah mampu mempamerkan hasilnya di kalangan masyarakat.. Produk didikan ustaz ustazah j-QAF ini perlu diberi peluang seluasnya untuk mempamerkan bakat.. dan sudah pasti kemampuan yg ditunjukkan anak2 kita ini akan memberikan kekuatan semangat dan azam yg tinggi kepada guru2nya untuk lebih berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti penguasaan jawi di sekolah.. Masyarakat juga akan semakin merasakan bahawa tulisan jawi ini telah 'come back' dalam arus perdana masyarakat..kalu sebelum ni kita mengharap masyarakat mencari tulisan jawi..nah sekarang kita yang akan mencari mereka dan menghidangkan keenakan belajar tulisan jawi kepada semua tak kira bangsa mahupun agama...

Bila melihat anak2 didikan kita dapat mengeja perkataan2 yang susah dengan 'selamba rock'nya.. itu sudah cukup membuatkan aku merasa tersangat la bangganya..walaupun anak2 itu bukan dari sekolah aku..mungkin sebab anak2 ini lahir dari kerja keras sahabat2 se-jQAF yg ikhlas mengajar.. Hasil usaha lima tahun memikir, merancang, melaksana serta menilai keberjayaan program jawi jQAF ini akhirnya ianya menampakkan kejayaan yang hanya kita saja (warga j-QAF) yang dapat merasainya kepuasannya..

Sekalung tahniah buat semua pelaksana Karnival Jawi Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah 2009.. Semoga dengan hasil usaha kalian semua akan kedengaran ramai lagi jentera2 jQAF disemua peringkat akan mengikuti jejak langkah kalian.. Memikir dan melaksanakan program yang sedemikian rupa bukanlah satu usaha yang mudah dan senang tapi atas keyakinan bahawa setiap usaha itu ada ganjarannya di sisi Allah SWT maka semangat untuk berbakti akan terus membara di kalangan warga j-QAF di seluruh Malaysia.. Terima kasih Us Rushdan..sempat lagi hulur kat kami 50 buat belanja katanya...jasamu akan kami kenang sampai bila2..

Wassalam..

Ada hikmah tak sempat bot 730..dan lagi pekena roti sardin hameed..

Bahan bukti bawak budak naik bot..

Bergambar bersama kontinjen Langkawi..

Kami sampai kat Aneka Gurun dalam pukul 11.15pg.. Pertandingan menulis jawi telah bermula..akan tetapi peserta dari Langkawi yg lewat tiba diberi extra time untuk menjawab..

Dua orang penting karnival.. Tn Hj (Dr) Mohd Rushdan Azizan dan Ustaz Musa Jayyid Muhammad..

Orang penting jugak nih.. JU segala JU.. Ju Antarabangsa pun kena pukui dengan dia..

Pertandingan menulis jawi sekolah menengah..

Pertandingan menulis jawi sekolah rendah..

Penyertaan juga datang dari murid bukan Melayu..

Bergambar kenangan bersama Us Farid dari SK Paya Besar.. Sahabat lama sama2 menuntut di UMKL..

Gambar ni bukan saja2 ambik nih.. Ada tujuan dan makna yang mendalam nih.. Hanya yang paham saja yang akan paham..yg tak paham buat2 paham dahla..

Pekena nasik gulai mamak.. Hussain nasi Kandar memang power.. Siap buleh rasa teloq ikan dari Tokyo lagi tuh..

Anak didik aku Mohd Irfan Mukhtar sedang menjawab soalan dari Us Md Isa.. ''Berkata-kata...sila jawab.. >> Ba ro kaf alif ta alif sengkang kaf alif ta..'' ..'' Ya betul..tahniah..pandai ustaz kamu ajaq ye.." hehe..

Ni sorang lagi anak murid aku..namanya Mohd Fawwaz Faizan.. serius tp cerdik.. Aku heran pasaipa Us Razak bagi nasik bungkus sampai 5 bungkus sedangkan peserta cuma 4 org.. tp bila melihatkan saiz anak didik aku ni aku pun paham tujuannya... haha lawak ja..

Penentuan tempat pertama ditentukan dengan mengambil kira keputusan pusingan khas..

Barisan pegawai2 j-QAF negeri dan daerah turut sama hadir memberi sokongan kepada kontinjen daerah masing2..Langkawi? Lu pikir la sendiri..