Friday, July 24, 2009

Kerana Lilin..



Alhamdulillah semalam aku sempat ke Masjid Bohor Merah dengar kuliah Dato' Haron Din...walaupun sampai dah lewat tapi sempat jugak satu jam menimba ilmu dari ulama' tersohor seantero dunia ni.. Dalam sesi soal jawab yg rata2nya soalan diajukan melalui nota.. Banyak jugak soalan yang ditanya.. Antara soalan yang telah dijawab oleh Ustaz yang paling menarik serta sangat molek aku utarakan dalam blog ni ialah berkaitan dengan peristiwa atau tindakan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin yang bersama pemimpin PR menjalankan upacara memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat dengan bersama2 menyalakan lilin.. Berdasarkan laporan media alternatif Dato Seri dikatakan bersama pemimpin2 PR yang lain memegang lilin bersama sebagai satu simbolik protes terhadap kegagalan pihak berkuasa mengendalikan kes tersebut.. Antara persoalan yang diuatarakan oleh Ustaz Haron Din ialah : Adakah upacara memasang lilin itu merupakan upacara memperingati si mati atau hanya merupakan simbolik protes..? Adakah memasang lilin sebagai tanda protes merupakan sesuatu yang haram...kalau begitu bagaimana pula hukum kita memasang lilin ketika 'black-out'..? Sejauh mana penggunaan lilin merupakan satu simbol budaya atau adat resam kaum Cina..?

Menurut Ustaz berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada beliau..'upacara' memegang lilin yang melibatkan YB Nizar dan pemimpin PR itu diadakan sebagai tanda protes mereka terhadap kegagalan kerajaan menangani kes ini dengan baik bukannya seperti yang didakwa sesetengah media yang mengatakan ianya satu upacara keagamaan memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat.. Asas kepada penilaian ini kata beliau ialah 'upacara' tersebut tidak dilakukan dihadapan mayat...ini kerana mayat mendiang berada di Melaka manakala 'upacara' memasang lilin pula diadakan selepas satu sidang akhbar di Perak..selain itu juga selalunya upacara memperingati mayat akan dilakukan setelah mayat dikebumikan, akan tetapi mayat mendiang sehingga peristiwa tersebut (17 Julai) masih lagi belum disemadikan.. Aku juga ada membaca Blog Saudara Idham Lim yang juga seorang berbangsa Cina mengatakan bahawa lilin dan colok adalah sebahagian dari budaya dan adat resam masyarakat Cina..sehinggakan menurut beliau ada sesetengah masjid di negara China menjual colok di luar kawasan masjid dan mereka membakar colok semasa takbir Hari Raya.. Bagi beliau tiada salahnya jika YB Nizar dan pemimpin2 PR menggunakan lilin sebagai medium bantahan mereka kerana ianya bukan sebahagian dari upacara keagamaan.. malah ianya hanyalah simbol protes atau bantahan..

Sesuatu yang perlu diteliti dan diambil perhatian mendalam oleh para cendekiawan yang berhajat mengeluarkan fatwa ialah sebelum mengeluarkan sesuatu hukum mestilah mengambil kira pelbagai aspek serta menyelidik dengan penuh mendalam situasi serta cerita yang sebenarnya berlaku..dan implikasinya. Itulah bagi aku bahayanya jika berfatwa berdasarkan situasi atau cerita tertentu semata2.. Takut2 jika tersalah membaca situasi atau cerita maka di sana adalah insan yang teraniaya dan dipersalahkan.. Selain itu alim ulama yang memberi fatwa yang menyentuh isu bersifat politik dan panas ini juga perlu lebih berhati2 dan jangan terlalu cepat reflek kerana kelak dibimbangi mereka akan dilabelkan sebagai 'dipergunakan oleh pihak2 tertentu' walaupun hakikatnya mereka ikhlas membantu menyelesaikan kemelut masyarakat..
Dan kadang2 'orang2' politik juga harus bersikap berlapang dada dengan para cendekiawan Islam dan alim ulama yg cuba menegur.. Jangan cepat sgt melatah dan menuduh itu dan ini.. Jangan juga ringan mulut melabelkan ulama ini 'dipergunakan', 'syaitan bisu', 'ulama suk' atau sebagainya.. Takut2 nanti muflis kita di depan Allah Rabbul Jaliil.. Nauzubillah..

Aku tak mahu nak mengulas jauh dari aspek politik.. Aku respect jawapan Tn Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa ulasan serta jawapan yang bersifat politik akan menyimpang dari matlamat mencari kebenaran dalam soal hukum.. Politik juga boleh ditunggang sesuka hati secara sembrono yang menyebabkan mangsanya ialah masyarakat yang akan keliru mana satu fatwa keuntungan politik dan mana satu fatwa matlamat hukum yang sebenar2nya.. dan kita juga harus ingat bahawa pendakwah yang baik ialah mereka yang cerdik menganalisis situasi serta licik dalam permainan politik demi kepentingan Islam..menurut Ustaz Haron Din perkara seperti memegang lilin itu sepatutnya boleh dielakkan jika kita mengambil pendekatan yang lebih berhati2.. Menutup ruang2 kepada fitnah adalah lebih baik dari mengambil risiko yang akhirnya merugikan perjuangan Islam..

Alhamdulillah apabila waris2 para nabi masih lagi membimbing kita..kadang2 kita dah masuk jalan yang gelap dan berliku..mereka bimbing kita kembali ke jalan yg terang dan lurus.. Syukur padaMu Ya Allah atas segala kurniaanMu..

Kuliah Dato Haron Din di Masjid Bohor Merah akan menemui peminatnya semula bulan Oktober nanti.. Lama jugak nak jumpa pulak ni..

Thursday, July 23, 2009

Coretan minggu ini..


Alhamdulillah minggu ni selesai jugak beberapa perkara yg penting yg perlu dilangsaikan..penat jugak..sampai takdan nak update blog..kawan2 dok tanya pasaipa tak update blog..aku bukan takdan sangat cuma jadi malas dan tak larat...selalu balik dr sekolah sampai umah kui 7 lbh kurang.. Malam keluaq makan tidak pun masak, lepas makan mata dah jd mcm lampu keta aku dah..sepet semacam ja.. Mulut pulak masuk kali ke-4 menguap mata automatik tertutup..mcm vtec jugakla automatik tutup injap..

Selesai sudah data e-pelaporan jqaf hati pun jadi senang.. Banyak jugak sekolah yg buat tak macam yg ditaklimatkan, mungkin depa pun sibuk dan takdan nak tanya..so pakai buat jela.. Ada yg data hantar mai e-sekolah ja..pastu mintak aku import export sendiri.. Takpala mungkin depa tak reti nak buat..aku pun tak reti jugak tp kena la belajar..try and error..tak buleh tang mana tanya yg buleh..hidup akan jd senang..

Kat atas feri nak ke mesyuarat pengisian data di PKG Ayer Hitam..sepatutnya pi dgn Jo tp dia kena uruskan solat sunat gerhana kat Masjid al-Hana so aku sorang jela pi..

Mat Nazri dgn fesyen rambut baru.. Nak masuk sekolah baru kena la potong rambut baru.. rekrut lagi tu..kalu dah naik pangkat nanti baru la buleh taruh rambut panjang sikit..haha

Minggu lepas jugak kena jd hakim kat KEMAS Langkawi..memang kemas jugak la depa punya pengurusan program, berjalan dengan baik dan teratur.. Seminggu sebelum program dah telefon tanya buleh ka dak jadi hakim pertandingan menulis jawi kat tempat depa.. Aku cakap kalu takdak mesy atau program InsyaAllah boleh.. Depa hantar surat ke PPD pastu PPD hantar ke sekolah.. Bila sampai hari program aku pi dengan Mizi, kami jd pengadil (sepatutnya panggil hakim, tp depa panggil pengadil jawi...mcm pengadil bola sepak lak..hihi).. Rata2 peserta dah berumur melebihi 40 tahun..tapi kebolehan depa menulis jawi menakjubkan..!! Banyak jugak perkataan2 yg payah2 dapat depa jawikan..cthnya kompetensi, mempromosi, merealisasikan dan banyak lagi.. Program yg bagi aku agak santai dan relek tp mampu mencapai matlamat atau objektif yg digariskan..Tahniah Kemas Langkawi..cuma kena tgk2 gambar menteri besar yg gantung kat dinding la kot..dok letak gambar lama lagi..tukarla yg baru..kan fitrah kita sukakan yg baru2.. ;)

Pengadil..??

Mizi sedang tunjuk sesuatu..aku pulak sedang sibuk buat dokumentasi..
Nanti blog tak berisi lak..

Tahniah pakcik2 makcik2 yg tekun menulis..mantap orang2 lama nih.. Jawi mereka memang kuasai..

Masih yg lama..? Terlupa ka atau buat2 lupa..?

Pagi tadi selesai Program Penghayatan Israk Mikraj di Masjid Ar-Rahman..penceramah jemputan Ustaz Abdullah Ahmad dari SMKTP berjaya mencuri tumpuan murid dengan gaya dan pendekatan yang tersendiri. Beliau memulakan ceramah dengan menayangkan video kekejaman kristian terhadap orang Islam di Indonesia.. Video yg ditayangkan sungguh mendatangkan keinsafan kepada sesiapa saja yg melihatnya.. Aku pun rasa nak jatuh ayaq mata bila melihat bagaimana kanak2 kecil besaq2 anak aku kena sembelih tanpa belas kasihan.. Memang laknat sungguh depa nih.. Ustaz Nasir yang dok disebelah aku kata..rasa macam nak berenti mengaji dan pi tolong berjihad di sana.. Doalah sama2 supaya kita dapat mati syahid satu hari nanti kata Ustaz Nasir..InsyaAllah.. Ustaz Abdullah jugak cuba menerapkan kesedaran tentang kelebihan solat serta kefardhuannya kepada seluruh umat Islam.. Dan menanti dihadapan adalah azab yg sangat pedih bagi manusia yg ingkar perintah Allah SWT..

Balik ke sekolah pasukan nasyid Maahad Mahmud Langkawi dah tunggu di kantin..murid sampai saja di sekolah mereka dihiburkan pulak dengan halwa telinga dari beberapa lagu yg sedap dan enak.. Aku paling suka ada satu lagu arab yg best.. meremang bulu tengkok dengar..
Terima kasih kepada pasukan nasyid Maahad Mahmud Langka wi kerana sudi memenuhi jemputan SK Kedawang.. Tahniah kepada semua yg menjayakan program hari ini..semoga Allah SWT memberi ganjaran kepada setiap usaha yg kita lakukan..InsyaAllah..


Terima kasih kumpulan nasyid Maahad Mahmud Langkawi..

Persembahan yg mantap tp sound system 'kureng' sikit menyebabkan ke'power'an lagu2 mereka sedikit terjejas..

Ustaz Abdullah.. Gaya dan teknik penyampaian beliau aku kagumi..
Berteknologi tinggi..
Pengawal bersenjata..untuk menghadapi kemungkinan berlakunya ketegangan..

Tahniah Ustaz Izwan.. Hang memang The Most Hardworking Man In The World.. Beruntung SK Kedawang dpt guru mcm hang.. Ikhlas nih.. ;)

Program sekolah terakhir Us Nasir sebelum berangkat ke Insaniah menyumbang kudrat dan ilmu di sana pulak..

Saturday, July 11, 2009

Koleksi Kemungkinan..


Semenjak berada di alam blog ni jarang rasanya aku bincang pasai profesyen aku sebagai guru jQAF nih.. Rasa mcm tak profesional lak dok bincang hal2 peribadi ja..kena bagi la warna-warni sikit blog ni..nak lawan blog2 tersohor mcm Akhimizi, Amrusham apatah lagi blog paling kerap di'update' Blog SPPIM Kedah..tak terlawan rasanya..mana buleh anak murid lawan sifu..tak berkat nanti..

Fokus aku untuk entry kali ni tentang beberapa kemungkinan yang bermain2 dibenak fikiran aku.. Semuanya berkaitan dengan kemungkinan.. Masa mesyuarat di Quality Hotel dulu aku ada jugak berbincang dengan beberapa orang rakan guru dan pegawai yang sama2 mengikuti mesyuarat di sana tentang perubahan atau transformasi yang akan dijalankan oleh BPI terhadap beberapa aspek penting dalam pelaksanaan jQAF..

Pelaksanaan Kem Bestari Solat misalnya mungkinkah akan dikurangkan kekerapan pelaksaannya kepada 2 kali atau 3 kali setahun..dan mungkinkah terma dalam buku panduan iaitu 10jam untuk satu kem juga akan diubah sama.. Kalu dilihat kepada pelaksanaan di sekolah aku rasa 4 kali kem setahun masih lagi relevan tapi bukan untuk semua tahun..kalu aku buleh cadangkan 4 kali kem hanya untuk tahun 1 dan 2 sahaja, tahun 3 sebanyak 3 kali kem manakala tahun 4 dan 5 dikurangkan kepada 2 kem sahaja...berdasarkan kepada sasaran penguasaan murid aku rasa tahun 1,2 dan 3 mempunyai fokus penguasaan dalam aspek perbuatan manakala untuk tahun 4, 5 dan 6 lebih kepada penguasaan bacaan dan ditambah dengan pengetahuan2 lain yang berkaitan dngan solat seperti kaifiyat solat berjamaah, solat jenazah dan sebagainya.

Penekanan penguasaan bacaan perlu kpd penumpuan secara individu..

Rakan j-QAF yang banyak membantu..

Rasionalnya aku melihat penggunaan tenaga tahun 4,5 dan 6 sebagai fasilitator membantu adik2 mereka di darjah 1,2 dan 3 dapat membantu meningkatkan penguasaan aspek perbuatan mereka secara tak langsung.. Setakat yang aku buat disekolah hasilnya memberangsangkan..kewujudan mereka ini aku institusikan dalam sebuah kelab tak rasmi bernama Rakan j-QAF.. secara tak langsung depa ni akan belajar membantu adik2 depa perbuatan solat dan wudhuk dan secara tak langsung juga depa akan belajar bagaimana bergerak dalam sebuah organisasi..

Kemungkinan yang kedua ialah adakah rekod bacaan murid dalam Program Khatam Al-Quran akan ditukar daripada merekod berpandukan juzuk, surah dan ayat kepada muka surat dalam Al-Quran.. Setakat yang aku tahu Kelantan, Perak dan beberapa sekolah di Negeri Sembilan telah berubah melaksanakan kaedah merekod dengan menggunakan muka surat ni.. Aku dah lihat kad yang mereka gunakan untuk rekod bacaan murid..sangat mudah..guru hanya perlu tandatangan sahaja di bahagian kolum muka surat yang dibaca oleh murid..tak perlu tulis ayat berapa dan tak perlu tulis surah apa..sangat praktikal.. Murid juga buleh membawa kad tersebut untuk ditanda di kelas KAFA dan juga kelas2 pengajian Al-Quran di kampung.. Ini akan mengurangkan pertembungan dan kecelaruan antara kita guru j-QAF dengan guru2 KAFA mahupun guru Al-Quran kampung berkenaan dengan tempat bacaan semasa murid.. Nanti akan ada pula yang berkata ''..semua nak mudah belaka payah laaaa..''. Tapi aku juga nak berkata, takkan kita nak memayahkan perkara yang jelas2 boleh dimudahkan..boleh pi kuah ikut Hiway Padang Matsirat-Kuah tapi pilih jalan Ayaq Hangat nakpi Kuah..kan tak sehat namanya tu..


Akan lahir beribu-ribu Nik Nur Madihah jika j-QAF dilaksanakan di SM..InsyaAllah

Dan kemungkinan ketiga ialah sejauhmanakah pelaksanaan program perluasan j-QAF ke sekolah menengah akan menjadi kenyataan. Hasil cakap2 aku dengan pegawai2 di kementerian draf pelaksanaannya sudah diluluskan kabinet dan tahap sekarang ni draf itu mungkin berada dalam penelitian dan kajian kementerian kot.. Ramai kenalan yang bertanya adakah program perluasan ini akan menggunakan tenaga guru2 jQAF dari sekolah rendah..persoalan itu aku ajukan jugak kepada pegawai dan jawapan standard mereka ialah masih dalam kajian dan belum diputuskan lagi.. Tp cakap2 berkaitan isu ini macam bau durian kampung..sorokkan bawah katil pun baunya sangat kuat sampai tak terbendung lagi..satu negara bau..!! Kalu la aku buat poll kat dalam blog ni berapa orang mahu tukaq ke sekolah menengah nanti kita boleh tgk berapa orang yang suka ke SMK dan berapa orang yang masih nak di SK.. Tapi macam biasa la setiap perkara ada pro dan contranya..kalu stay kat SK macam tak berkembang kerjaya ja..boring jugak takdak benda2 baru yang mencabar minda..tapi kalu nak ke SMK pastikan power kita macam kita baru keluaq maktab la..sebab benda baru ni kena banyak penerokaan yang berbentuk 'try and error'..macamana kita sukar masa nak mulakan jQAF di SK 2005 dulu macam tu la sukarnya kita nak mulakannya di SMK.. Pemilihan guru yang nak ke SMK untuk program perluasan j-QAF masih belum diputuskan lagi malah pelaksanaan program ini juga masih samar2 tapi perbincangan dalam blog ni diteruskan juga, hanya sekadar suka2..tapi mana la tau dari sekadar suka2 mungkin akan jadi kenyataan..kan?

Ada lagi kemungkinan2 yang sedang bermain2 dibenak fikiran aku nih..tapi cukuplah setakat 3 perkara ni sahaja dulu..sebagai penghulu perbincangan.. Lagi banyak kita bincang pasai profesyen kita lagi bertambah daya kreativiti kita dan lagi hebat daya profesionalisme kita.. Insyaallah..

Ilalliqa'
Wassalam..

Sunday, July 5, 2009

Kearah Merakyatkan Jawi..


Karnival Jawi yang aku hadiri kelmarin bersama dengan sahabat Tarmizi dan 4 orang murid dari SKKD dan SKPM merupakan program yang julung2 kali diadakan.. Jika sebelum ini program2 pendidikan Islam negeri mahupun daerah banyak kita adakan di premis tertutup seperti sekolah, dewan2 dan pejabat2 kerajaan..tetapi kali ini pendekatan dan strateginya agak berbeza.. pemilihan tempat tumpuan umum seperti pasaraya jarang sekali dijadikan venue program kita.. justeru sudah pasti ianya mengundang seribu cabaran yang perlu dihadapi malah ditangani dengan baik dan bijak.. Dan kalu melihat kepada 'bos' yang mengendalikan karnival ini aku dah hampir seratus peratus yakin ianya pasti akan berjaya mencapai matlamatnya..kekuatan idea dan tenaga pelaksana di sekeliling 'bos' ini sangat ramai dan hebat2 belaka..tak hairan la keyakinan aku tu hampir seratus peratus...

Kalu dibincang dari sudut idea karnival ini dibuat di pasaraya.. sebenarnya aku pernah dengar dulu ada perancangan sekitar 2006 untuk mengadakan hari terbuka jQAF di pasaraya..tp mungkin masa tu kekuatan atau kesempatan belum ada jadi idea itu disimpan sementara dalam 'hard disc'..bukan untuk di delete tapi untuk digunakan semula bila sudah bersedia.. Penganjuran karnival jawi ditempat umum telah secara tidak langsung memberi gambaran yang j-QAF sudah mampu mempamerkan hasilnya di kalangan masyarakat.. Produk didikan ustaz ustazah j-QAF ini perlu diberi peluang seluasnya untuk mempamerkan bakat.. dan sudah pasti kemampuan yg ditunjukkan anak2 kita ini akan memberikan kekuatan semangat dan azam yg tinggi kepada guru2nya untuk lebih berusaha meningkatkan kualiti dan kuantiti penguasaan jawi di sekolah.. Masyarakat juga akan semakin merasakan bahawa tulisan jawi ini telah 'come back' dalam arus perdana masyarakat..kalu sebelum ni kita mengharap masyarakat mencari tulisan jawi..nah sekarang kita yang akan mencari mereka dan menghidangkan keenakan belajar tulisan jawi kepada semua tak kira bangsa mahupun agama...

Bila melihat anak2 didikan kita dapat mengeja perkataan2 yang susah dengan 'selamba rock'nya.. itu sudah cukup membuatkan aku merasa tersangat la bangganya..walaupun anak2 itu bukan dari sekolah aku..mungkin sebab anak2 ini lahir dari kerja keras sahabat2 se-jQAF yg ikhlas mengajar.. Hasil usaha lima tahun memikir, merancang, melaksana serta menilai keberjayaan program jawi jQAF ini akhirnya ianya menampakkan kejayaan yang hanya kita saja (warga j-QAF) yang dapat merasainya kepuasannya..

Sekalung tahniah buat semua pelaksana Karnival Jawi Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kedah 2009.. Semoga dengan hasil usaha kalian semua akan kedengaran ramai lagi jentera2 jQAF disemua peringkat akan mengikuti jejak langkah kalian.. Memikir dan melaksanakan program yang sedemikian rupa bukanlah satu usaha yang mudah dan senang tapi atas keyakinan bahawa setiap usaha itu ada ganjarannya di sisi Allah SWT maka semangat untuk berbakti akan terus membara di kalangan warga j-QAF di seluruh Malaysia.. Terima kasih Us Rushdan..sempat lagi hulur kat kami 50 buat belanja katanya...jasamu akan kami kenang sampai bila2..

Wassalam..

Ada hikmah tak sempat bot 730..dan lagi pekena roti sardin hameed..

Bahan bukti bawak budak naik bot..

Bergambar bersama kontinjen Langkawi..

Kami sampai kat Aneka Gurun dalam pukul 11.15pg.. Pertandingan menulis jawi telah bermula..akan tetapi peserta dari Langkawi yg lewat tiba diberi extra time untuk menjawab..

Dua orang penting karnival.. Tn Hj (Dr) Mohd Rushdan Azizan dan Ustaz Musa Jayyid Muhammad..

Orang penting jugak nih.. JU segala JU.. Ju Antarabangsa pun kena pukui dengan dia..

Pertandingan menulis jawi sekolah menengah..

Pertandingan menulis jawi sekolah rendah..

Penyertaan juga datang dari murid bukan Melayu..

Bergambar kenangan bersama Us Farid dari SK Paya Besar.. Sahabat lama sama2 menuntut di UMKL..

Gambar ni bukan saja2 ambik nih.. Ada tujuan dan makna yang mendalam nih.. Hanya yang paham saja yang akan paham..yg tak paham buat2 paham dahla..

Pekena nasik gulai mamak.. Hussain nasi Kandar memang power.. Siap buleh rasa teloq ikan dari Tokyo lagi tuh..

Anak didik aku Mohd Irfan Mukhtar sedang menjawab soalan dari Us Md Isa.. ''Berkata-kata...sila jawab.. >> Ba ro kaf alif ta alif sengkang kaf alif ta..'' ..'' Ya betul..tahniah..pandai ustaz kamu ajaq ye.." hehe..

Ni sorang lagi anak murid aku..namanya Mohd Fawwaz Faizan.. serius tp cerdik.. Aku heran pasaipa Us Razak bagi nasik bungkus sampai 5 bungkus sedangkan peserta cuma 4 org.. tp bila melihatkan saiz anak didik aku ni aku pun paham tujuannya... haha lawak ja..

Penentuan tempat pertama ditentukan dengan mengambil kira keputusan pusingan khas..

Barisan pegawai2 j-QAF negeri dan daerah turut sama hadir memberi sokongan kepada kontinjen daerah masing2..Langkawi? Lu pikir la sendiri..

Friday, July 3, 2009

Perasaanku yang bercampur baur...


Pulau Langkawi...yang langitnya ku junjung dan buminya ku pijak sungguh memberi banyak pengalaman hidup yang tak dapat di mana2.. Aku ingat lagi bulan Februari 2005 sampai sini dengan 14 orang sahabat..semua 'satu kepala'.. ada yg umurnya pangkat abang dan kakak..tp buleh dibawak melawak..rapatnya kita.. Seorang demi seorang membawa diri dengan baik..ada yg ditempatkan di Kuah dan ada juga yang duduk sebelah Kedawang.. Seri Negeri tempat Kak Zah dan Yus..Langkawi tempat Zul, Aizul dan Jo.. Kelibang tempat Malik, Bg Din dan (Almarhum) Nasir.. Padang Matsirat tempat Mizi, Kak Mazidah dan Bashir tunjuk bakat dan Kedawang tempat aku, Us Nasir dan Kak Sabriah menumpang cari rezeqi.. Semua kawan2 aku ni hebat2 belaka..setahun jadi guru jQAF ada yang dah jadi JU, ada yang jadi pegawai Silat daerah dan ada yang berbakti ke segenap pelusuk pulau mengajar di masjid2...pendek kata semua mereka sedar akan peranan masing2..dan mampu menyumbang kepada anak bangsa sendiri..

Perjalanan persahabatan kami sungguh harmoni.. Masa bujang dulu Aizul, Zul, Malik dan Bg Din dok kat kuarters guru Kuah..duduk punya duduk sampai orang halau..kesian kat depa..berselerak pastu.. Aku, Us Nasir dan Bashir dok kat kuarters jugak..tp kami orang tak halau pun..mgkn depa malas nak halau..kalu kami keluaq pun bkn ada sapa nak masuk umah tingkat 5 tu..hantu dan jin ada la.. Walaupun kami berjauhan 15km lebih tp buleh dikatakan setiap malam kami berjumpa..kalu tak kami pi kuah depa mai kat kedawang.. Ataupun jumpa kat Pdg Pasir atau EE Burger.. Masa tu semua geng rempit lagi.. Yang paling rempit Zul la kot..laju giler kalu dia bawak motor.. Aizul dengan 125z nya..dan malik pulak dengan honda ex-5.. Aku, Bashir dan Us Nasir pakai honda dah masa tu..Honda ex5. Masa tu motor masing2 punya la 'merelit' jangankan taik burung..habuk pun payah nak jumpa..lap setiap hari..

Zaman bujang mula berakhir.. Yang mula dulu Us Malik..pastu diikuti Aizul..Bg Din..Aku..Us Nasir..Bashir dan Zul.. Kuarter yang didiami ramai2 mula berkurang seorang demi seorang.. Tapi yang bini dok seberang masih bujang sampai la sekarang.. Antara yang 'Bujang Seberang Laut'...Us Nasir Awang, Malik, Aizul dan Bashir.. Aku kagum dan respect dengan pengorbanan depa nih..aku dan rasa sat apa yg depa rasa..masa tu bini posting kat SP..kena berulang setiap minggu balik jumpa bini kat SP..dahla baru kawin..fuh..! letih giler.. 2 bulan pastu Alhamdulillah isteri dapat tukaq mai Langkawi..Alhamdulillah.. Tp sahabat2 aku ni masih bersabar dengan ujian.. masih mampu menahan sedih tengok muka anak masa hari last cuti.. masih mampu bersabar apabila isteri telefon bagitau motor yang dinaiki ke tempat kerja pancit dalam hujan,dan masa tu tengah sarat mengandung.. masih mampu bersabar bila anak sakit tapi takdak sapa nak bawak ke klinik.. masih dan masih.. tapi mereka ini istiqamah bersabar..dan berbakti kepada anak didik mereka dengan penuh bersemangat...seakan2 hilang semua masalah apabila berhadapan dengan anak didik mereka.. Permohonan tukar juga seakan hampir mustahil sebab satu2nya cara nak bertukar ialah melalui SSS (Suka sama Suka).. Cara berkonfrontasi dengan pihak pegawai untuk urusan pertukaran bukanlah satu cara yang berakhlak bagi guru yang bergelar Ustaz.. sahabat2 aku ni jarang berbincang pasal pertukaran.. kecuali kalu ada yg bertanya.. tapi aku tahu dalam hati mereka penuh rasa sedih..kecewa..geram terhadap diri sendiri..dan berbagai2 perasaan yang bercampur-baur..

Pemergian salah seorang sahabat yg paling disayangi.. Us Mohd Nasir Ibrahim, sungguh meninggalkan kesan mendalam kepada kami, wataknya yg mudah mesra dan sentiasa menguntum senyuman membuatkan pemergiannya sangat2 ditangisi.. Masa menziarahi jenazahnya di Hospital Jitra aku tak dapat tahan air mata..mengalir tanpa henti.. Walaupun perkenalan aku dengan arwah baru 4 tahun saja.. tp ukhuwah yg kami bina macam dah kenal 20 tahun.. Pemergian arwah menyebabkan semangat kami 'down' seketika..berasa segan nak buat apa..takdak semangat.. Aizul, Bashir, Bg Din dan Malik antara individu yang paling rapat dengan arwah paling terasa ketiadaannya.. Kami susun buat majlis Tahlil kat surau SKK, ramai jugak rakan yg hadir..dan ramai jugak yg menyumbang untuk isteri dan anak2 arwah sekadar yg termampu.. cuma satu lagi rancangan aku yang masih tertangguh.. aku harap buleh buat reunion balik kawan2 semaktab dulu.. dan dalam reunion tu aku nak mintak sahabat2 yg bermurah hati agar dermakan sekurang-kurangnya RM10 sebulan seorang untuk tabung kebajikan anak2 arwah.. Moga Allah beri peluang dan ruang untuk menjayakannya.. Aamin..

Belum pun kesedihan pemergian arwah reda.. Malik, Aizul dan Us Nasir pulak nak meninggalkan bumi Langkawi.. Aizul dapat tukaq kat Sk Seri Muda, Malik pula kat SK Tunku Bendahara.. Manakala Us Nasir InsyaAllah akan menjadi tutor di Insaniah.. mungkin inilah hasil daripada kesabaran mereka selama ni.. apa yang mereka idamkan sudah menjadi kenyataan.. Terima kasih aku ucapkan kepada Us Somad dan rakan-rakan kerana sudi menjadikan impian sahabat2 aku ni satu kenyataan.. Aku sebagai sahabat rasa gembira..tp gembira itu bercampur-baur dengan kesedihan..gembira sebab depa dapat kembali kepada keluarga yang dah lama dirindui..sedih pulak sebab nak berpisah dengan sahabat yang sama2 mai se'kapai'..sakit demam kat pulau ni kawan2 la yg jadi saudara kita yg paling dekat... tinggal la aku, zul dan bg din.. manakala Bashir pula masih lagi tak dapat tukaq..mgkn belum ada rezeqi katanya.. Takpala Bashir..tahun depan cuba lagi..mgkn Allah Taala masih menghendaki kita berkhidmat di Bumi Langkawi ni..

Apa2 pun coretan aku yang panjang lebar ni bukan untuk mengusik perasaan sapa2 tapi cuma sekadar luahan hati yg tulus ikhlas...bercerita tentang perjalanan hidup sekumpulan guru j-QAF kohort pertama yang melalui ranjau yg penuh liku..tp kemanisan persahabatan yg terbina telah menjadikan hidup ini sangat indah untuk dikenang.. Selamat Berkhidmat di tempat baru aku ucapkan kepada Us Nasir, Aizul dan Malik.. Jangan lupa mai la Langkawi jengok2 kami di sini..

Siiru 'Ala Baarakatillah..
Wassalam..
Us Nasir merenung masa depan yang semakin cerah..setelah melalui denai yang penuh pancaroba..

Sahabatku Tarmizi dan Abd Malik..segak bergaya..

Mula2 bergelar ustaz.. Bermotivasi dan penuh semangat..

Kenangan indah semasa di maktab..

Masa praktikum.. Tengah tulis ringkasan maktab.. Kalu lani org mintak tulis ringkasan macam maktab upah sehari RM100 pun takmau..

Us Bashir segak dulu..kini dan selamanya..

Us Tarmizi baca doa dalam satu majlis di SKPM.. masa ni semua slim2 belaka..lani?..lu pikir la sendiri...haha..

KOLEKSI VIDEO
INTERAKSI MAKTAB BULAN 6 TAHUN 2005