Friday, July 24, 2009

Kerana Lilin..



Alhamdulillah semalam aku sempat ke Masjid Bohor Merah dengar kuliah Dato' Haron Din...walaupun sampai dah lewat tapi sempat jugak satu jam menimba ilmu dari ulama' tersohor seantero dunia ni.. Dalam sesi soal jawab yg rata2nya soalan diajukan melalui nota.. Banyak jugak soalan yang ditanya.. Antara soalan yang telah dijawab oleh Ustaz yang paling menarik serta sangat molek aku utarakan dalam blog ni ialah berkaitan dengan peristiwa atau tindakan YB Dato Seri Nizar Jamaluddin yang bersama pemimpin PR menjalankan upacara memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat dengan bersama2 menyalakan lilin.. Berdasarkan laporan media alternatif Dato Seri dikatakan bersama pemimpin2 PR yang lain memegang lilin bersama sebagai satu simbolik protes terhadap kegagalan pihak berkuasa mengendalikan kes tersebut.. Antara persoalan yang diuatarakan oleh Ustaz Haron Din ialah : Adakah upacara memasang lilin itu merupakan upacara memperingati si mati atau hanya merupakan simbolik protes..? Adakah memasang lilin sebagai tanda protes merupakan sesuatu yang haram...kalau begitu bagaimana pula hukum kita memasang lilin ketika 'black-out'..? Sejauh mana penggunaan lilin merupakan satu simbol budaya atau adat resam kaum Cina..?

Menurut Ustaz berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada beliau..'upacara' memegang lilin yang melibatkan YB Nizar dan pemimpin PR itu diadakan sebagai tanda protes mereka terhadap kegagalan kerajaan menangani kes ini dengan baik bukannya seperti yang didakwa sesetengah media yang mengatakan ianya satu upacara keagamaan memperingati kematian mendiang Teoh Beng Huat.. Asas kepada penilaian ini kata beliau ialah 'upacara' tersebut tidak dilakukan dihadapan mayat...ini kerana mayat mendiang berada di Melaka manakala 'upacara' memasang lilin pula diadakan selepas satu sidang akhbar di Perak..selain itu juga selalunya upacara memperingati mayat akan dilakukan setelah mayat dikebumikan, akan tetapi mayat mendiang sehingga peristiwa tersebut (17 Julai) masih lagi belum disemadikan.. Aku juga ada membaca Blog Saudara Idham Lim yang juga seorang berbangsa Cina mengatakan bahawa lilin dan colok adalah sebahagian dari budaya dan adat resam masyarakat Cina..sehinggakan menurut beliau ada sesetengah masjid di negara China menjual colok di luar kawasan masjid dan mereka membakar colok semasa takbir Hari Raya.. Bagi beliau tiada salahnya jika YB Nizar dan pemimpin2 PR menggunakan lilin sebagai medium bantahan mereka kerana ianya bukan sebahagian dari upacara keagamaan.. malah ianya hanyalah simbol protes atau bantahan..

Sesuatu yang perlu diteliti dan diambil perhatian mendalam oleh para cendekiawan yang berhajat mengeluarkan fatwa ialah sebelum mengeluarkan sesuatu hukum mestilah mengambil kira pelbagai aspek serta menyelidik dengan penuh mendalam situasi serta cerita yang sebenarnya berlaku..dan implikasinya. Itulah bagi aku bahayanya jika berfatwa berdasarkan situasi atau cerita tertentu semata2.. Takut2 jika tersalah membaca situasi atau cerita maka di sana adalah insan yang teraniaya dan dipersalahkan.. Selain itu alim ulama yang memberi fatwa yang menyentuh isu bersifat politik dan panas ini juga perlu lebih berhati2 dan jangan terlalu cepat reflek kerana kelak dibimbangi mereka akan dilabelkan sebagai 'dipergunakan oleh pihak2 tertentu' walaupun hakikatnya mereka ikhlas membantu menyelesaikan kemelut masyarakat..
Dan kadang2 'orang2' politik juga harus bersikap berlapang dada dengan para cendekiawan Islam dan alim ulama yg cuba menegur.. Jangan cepat sgt melatah dan menuduh itu dan ini.. Jangan juga ringan mulut melabelkan ulama ini 'dipergunakan', 'syaitan bisu', 'ulama suk' atau sebagainya.. Takut2 nanti muflis kita di depan Allah Rabbul Jaliil.. Nauzubillah..

Aku tak mahu nak mengulas jauh dari aspek politik.. Aku respect jawapan Tn Guru Nik Abdul Aziz yang mengatakan bahawa ulasan serta jawapan yang bersifat politik akan menyimpang dari matlamat mencari kebenaran dalam soal hukum.. Politik juga boleh ditunggang sesuka hati secara sembrono yang menyebabkan mangsanya ialah masyarakat yang akan keliru mana satu fatwa keuntungan politik dan mana satu fatwa matlamat hukum yang sebenar2nya.. dan kita juga harus ingat bahawa pendakwah yang baik ialah mereka yang cerdik menganalisis situasi serta licik dalam permainan politik demi kepentingan Islam..menurut Ustaz Haron Din perkara seperti memegang lilin itu sepatutnya boleh dielakkan jika kita mengambil pendekatan yang lebih berhati2.. Menutup ruang2 kepada fitnah adalah lebih baik dari mengambil risiko yang akhirnya merugikan perjuangan Islam..

Alhamdulillah apabila waris2 para nabi masih lagi membimbing kita..kadang2 kita dah masuk jalan yang gelap dan berliku..mereka bimbing kita kembali ke jalan yg terang dan lurus.. Syukur padaMu Ya Allah atas segala kurniaanMu..

Kuliah Dato Haron Din di Masjid Bohor Merah akan menemui peminatnya semula bulan Oktober nanti.. Lama jugak nak jumpa pulak ni..

No comments:

Post a Comment