Saturday, April 25, 2009

KEM BESTARI SOLAT 2009 FASA 2

24-25/4/2009 - (JUMAAT - SABTU)
Alhamdulillah, unit j-QAF SK Kedawang berjaya merancang dan melaksanakan kesinambungan program Kem Bestari Solat bagi tahun ini untuk kali yang kedua. Penglibatan fasilitator, rakan j-QAF serta peserta amat baik walaupun di kedua-dua hari program hujan turun dengan lebatnya, ini tidak merencatkan kem kerana hampir keseluruhan kem ini dijalankan di lokasi berbumbung. Kem kali ni banyak Azaliza yang handle, terima kasih kat dia sbb byk tolong, lagipun aku terlibat dengan mesyuarat kat Bayview. Apapun tahniah untuk semua rakan2 guru..dan yang paling aku kagum kesanggupan pelajar2 kelab Rakan j-QAF yang sanggup turun membantu kem, terima kasih sangat2 ustaz ucapkan buat kalian..

Penilaian terhadap peserta aku rasa perkara kedua dalam kem ni, yang paling penting bagi aku semua murid dapat manfaatkan masa yang ada dalam kem ini untuk latih tubi bacaan yang masih lemah atau tak betul dan dapat memperbetulkan yang mana yang masih tak kena..

Sempat jugak posing depan budak2, bukan senang aku nak amik gambaq camni, aku kan cameraman, selalunya cameraman mesti gambaq dia takdak, tak kira la program apa pun.. Dah ada orang sanggup amik gambaq aku, layan jela..

No comments:

Post a Comment