Monday, May 4, 2009

JAMUAN DI ASEANIA HOTEL

Semalam aku menghadiri satu jamuan yang diaturkan oleh Kak Tini selaku NYDP PIBG sekolah. Jamuan sempena meraikan pelajar2 Semarak Minda II ini berjaya menghimpunkan semua tenaga yang terlibat menjayakan program ini. Jamuan yang bermula jam 9.30mlm ni berjaya mencapai objektifnya iaitu mengeratkan hubungan antara guru2 Semarak Minda (terdiri dari para waris) dengan pelajar2 yang terlibat. 

Aku selaku Bendahari PIBG memang terjemput dengan sendirinya la, tp last2 dah terima jemputan rasmi, nyaris2 aku terlepas jamuan yang hebat ni..kalu tidak rugi aku... Melihat kepada kapasiti hidangan, memang sesuai sangat dengan selera aku.. Ketam bakaq bersama udang bakaq menjadi salah satu menu hidangan istimewa selain satay.. Buat yang kena gout mintak maafla tgk dari jauh jela.. Apapun, tahniah Kak Tini dan rakan2nya di Aseania.. 
Terima kasih daun keladi..

Nampak mcm makan sikit tp sebenaqnya dah banyak pinggan dan mangkuk yang terpaksa diangkat pelayan keluaq dari meja kami.. Terpancar jelas di wajah kami muka2 orng kenyang..

Tengah dok pikiaq mcmana nak tambah makanan lagi...tp bg orang tak nampak..

Bergambar kenangan di lobi hotel, macam la tak buleh mai dah..padahai selului mai..

No comments:

Post a Comment