Wednesday, May 13, 2009

Projek Sulung Team j-QAF Langkawi


Alhamdulillah pada 5-7 Mei lalu telah berlangsung  dengan jayanya Kem Bina Insan Tahun 6 yang dianjurkan secara bersama antara SK Kedawang dan juga PPD Langkawi. Program yang dirancang secara bersama antara Unit Tahun 6 dan Unit j-QAF SK Kedawang telah berjaya menghimpunkan hampir separuh dari tenaga2 guru j-QAF dari daerah Langkawi sebagai fasilitator. Keseluruhan bahan serta modul pengisian sepanjang program disediakan oleh Team j-QAF Langkawi. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah berjaya mengimbau nostalgia semasa dok 'giat2' di universiti dulu. Semua modul yang digunapakai banyaknya diadaptasi dari modul2 motivasi semasa di universiti dulu dan untuk lebih relevan dengan masa modul yang nak digunapakai terlebih dahulu dibentangkan kepada semua 'ahli majlis mesyuarat' j-QAF Langkawi.

Us Fakhruddin sedang mengendalikan LDK

Hasilnya pengisian yang menarik dan berkesan telah memberi impak positif kepada para peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada kalian semua Team j-QAF Langkawi kerana sudi meluangkan masa, menyumbang tenaga dan keringat menjayakan kem ini. Harapnya kem ini merupakan projek sulung kita, dan moga2 banyak lagi ruang dan peluang yang ada dapat kita manfaatkan selaku guru j-QAF di Langkawi ni. 

Keseluruhan pengisian kerohanian kem dikendalikan oleh fasilitator j-QAF

Ingatlah wahai sahaba2ku..ilmu dan tenaga kita bukan hanya untuk anak2 kita di sekolah saja, tapi lebih besaq lagi masyarakat di luaq yang dahagakan ilmu dan bimbingan dari kita.. Ruang dan peluang terbuka luas depan kita..'mau dengan takmau ja'..

Sebahagian fasilitator bergambar kenangan di hadapan LISRAM

p/s : Terima kasih semua fasilitator yang terlibat : Us Malik, Us Johari, Us Tarmizi, Us Nazmi, Us Ahmad Nasir, Us Fuad, Us Fakhruddin, Us Ismail, Us Haizad, Us Ishraqi, Us Salehuddin.. Harap dapat ambil baju, sijil dan sedikit saguhati dari pihak urusetia dari saya lepas ni..

2 comments:

  1. Lepasni buat lagi...buat bulan posa pulak ka

    ReplyDelete
  2. Buleh, buat bulan posa takut terkantoi posa la pulak nanti..

    ReplyDelete