Sunday, June 21, 2009

Mesyuarat Kawal Mutu RPT Tahun 6 di Quality Hotel,KL


Minggu pertama selepas cuti pertengahan penggal nampaknya amat sibuk sekali, masa cuti aritu ust fauzi telefon bagitau ada mesyuarat kat KL dah nampak dah betapa padatnya jadual kerja sejurus saja sekolah dibuka. Tugasan yang tertunggak masih banyak antaranya pengisian e-Laporan enam bulan pertama yang belum dibereskan selain kena pikiaq kat mana nak buat mesyuarat pengumpulan data e-laporan daerah setelah us bahari amat sibuk minggu ni.. walaupun sibuk tapi takla sesibuk pegawai2 di KPN atau JPN..depa lagi sibuk..

Aku mula minggu yang penat ni dengan mesyuarat kawal mutu RPT Tahun 6 di KL, perjalanan menggunakan laluan udara telah banyak menyelamatkan diri dari kepenatan..

Banyak jugak yang dibincangkan dalam mesyuarat tu tapi tak dapat la nak dinyatakan dalam blog ni sebab ianya masih berstatus sulit so kena la tunggu buku panduan pelaksanaan P&P Tahun 6 tahun hadapan. Apa yang boleh aku katakan ialah bukan senang nak membina sesebuah Rancangan Pengajaran Tahunan yang sempurna dan boleh diterimapakai semua pihak..ianya memerlukan penelitian dan perbahasan yang panjang lebar oleh orang-orang lama dan pakar-pakar kurikulum sehingga ianya betui2 masak dan bersedia untuk diedarkan kepada guru-guru..

Selain itu mesyuarat kali ini juga memberi peluang untuk aku mengenali lebih ramai personaliti2 j-QAF seluruh negara yang hebat2 yang telah banyak menyumbang idea untuk program j-QAF sejak dari 2005 hingga sekarang..antaranya Us Saifudin dari Perak, Us Che Mat dari Melaka, Us Awang dari Sabah, Us Fazly, Us Shamsul dan Us Muaddib dari Selangor, Us Suhaimi dari Negeri Sembilan dan banyak lagi..

Masa sesi percambahan idea bersama orang hebat2 ni, aku kagum dengan pengetahuan serta sensitiviti mereka terhadap kemampuan dan nasib guru j-QAF di sekolah... boleh dikatakan setiap perbahasan mengenai perancangan P&P yang nak diputuskan mereka tidak lupa untuk menilai tahap kemampuan guru untuk melaksanakan perancangan tersebut dan juga sejauh mana keberkesanan sesuatu perancangan P&P itu mampu mencapai matlamat yang digariskan..

Anakanda tersayang hantar di airport

MAS pun skarang dah pakai e-ticketing..senang betui lani..

Dalam ERL Transit nak ke Stesyen Bandar Tasik Selatan..dari BTS naik Star LRT ke stesyen Bandaraya, lepas tu jalan kaki dalam 100 meter sampai Hotel Quality Jln Raja Laut..

Bergambar sebentar dalam bilik sebelum menyertai mesyuarat di Tingkat 1

Kelihatan Us Fauzi Abdul dari BPK, KPM dan di sebelahnya Us Muaddib dari Selangor

Perbincangan tentang 6 Bulan Kedua Khatam Al-Quran Tahun 6 begitu hangat disertai Us Zul, Us Saifuddin, Us Muaddib dan Us Fauzi

Penorama indah bandaraya KL dari dalam bilik hotel..

Check-in flight.. Nak balik Langkawi..

Sementara nak tunggu boarding..sempat makan dulu..

Selamat tiba di LTA Langkawi..

Kesimpulannya walapun kepenatan tapi mesyuarat kali ini ada keistimewaan yang tersendiri yang tak dapat aku lupakan. Keramahan pegawai2 serta rakan2 guru yang bersama dalam mesyuarat ini meninggal kesan ukhuwwah yang sangat mendalam dalam diri aku.. terima kasih aku tujukan buat Us Fauzi yg memberi peluang untuk aku menyertai mesyuarat ini, seterusnya rakan2; Us Shamsul, Us Muaddib (syukran sbb antaq ana ke airport), Us Fazly, Us Shahrin, Us Che Mat, Us Zul, Us Nadzari dan semua yang bersama dalam mesyuarat tersebut..

No comments:

Post a Comment