Thursday, June 25, 2009

Mukhayyam Bahasa Arab Daerah Langkawi 2009


Alhamdulillah pada 18,19 dan 20hb Jun yang lalu j-QAF Langkawi berjaya menganjurkan Mukhayyam Bahasa Arab peringkat daerah Langkawi yang disertai 100 orang murid dari 10 buah sekolah rendah 2005-2006 yang melaksanakan program j-QAF. Sempat jugak menjenguk program yg berbentuk kem ini walaupun lewat..sejurus sampai dari KL ptg 18hb tu aku rehat kejap ja petang kui 6 ptg terus bertolak ke LISRAM, lokasi perkhemahan yang tak asing lagi bagi sekolah2 daerah Langkawi. Program ini hampir keseluruhannya diselia oleh JU2 B.Arab yang berkaliber antaranya Us Ahmad Nasir, Us Ahmad Tarmizi dan Us Abd Malik. Mula2 sampai aku terpaksa mengadap Mizi dulu untuk memohon ribuan kemaafan kerana lewat bersama rakan2 di kem.. Pengisian yang disusun oleh JU2 ini telah dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat penyelarasan kem yang diadakan di SK Kedawang seminggu sebelum kem berlangsung..so pengisian boleh dikatakan telah siap sedia untuk digunakan. Akan tetapi macam biasa la bila saja kem berjalan ada saja masalah yang perlu diselesaikan yang menyebabkan pengisian terpaksa sedikit di'ejas' pelaksanaannya. Apa yang aku nak nyatakan disini, aku kagum melihat kebersamaan JU2 B.Arab ni buat keputusan. Bincang 2-3 minit pastu terus buat keputusan baru terhadap pengisian..dan apa yang aku nampak perjalanan bengkel berjalan sangat lancar dan sangat menarik minat murid. Nyata dan jelas...mereka2 ni memang betul2 berpengalaman.. bangga aku dapat bekerja dengan depa walaupun aku hanya bertugas cedok gulai kat peserta ja.. Nak jadi fasi takut tak sampai standard lak..kesian kat budak nanti.

Pengalaman menguruskan kem seperti ini banyak memberi input berguna kepada kami guru j-QAF Langkawi, selain dapat mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin, ianya juga dapat memberi gambaran setiap watak dan cara bekerja rakan2 guru j-QAF. Di sinilah medan untuk menilai sejauh mana kesungguhan dan ke'pulun'an rakan2.. ada yang hanya mai masa sesi taktikal, tp masa match 'pancit' lak... Ada yang posisi defend tp kena bertindak sbg striker.. Ada yang posisi kapten tapi bertindak mengutip bola di tepi padang... hmmm macam2.. itulah rencah dan rempah kehidupan.. kalu takdak yg tu hidup akan jadi tawar dan tak berwarna-warni..

'Ala kulli hal.. Matlamat utama kem adalah untuk memupuk minat dan membaja semangat murid mempelajari bahasa Al-Quran. Dari apa yang aku lihat dari pemerhatian aku, murid teruja sungguh dengan pendekatan lagu2 popular yang ditukar liriknya ke Bahasa Arab..dalam 5min saja ajaq depa dah dapat menguasainya..maklumla budak2 hati dan akal bersih... Kaedah ini pastinya akan diteruskan untuk kem-kem yang akan datang.. Tahniah aku ucapkan kepada semua tenaga penggerak kem ini..hampa semua memang hebat..bak kata Us Rushdan, jarang ada orang melayu macam hampa..

Ingatlah..buatlah sesuatu dengan penuh usaha..jangan harapkan pujian..jauh sekali habuan... Bulatkan tekat..sematkan azam agar anak2 didikan kita menjadi seperti kita atau jauh lebih baik dari kita...InsyaAllah. Jumpa lagi..

Tn Hj Aziz bin Ahmad selaku Pegawai Pelajaran Daerah Langkawi merasmikan Mukhayyam Bahasa Arab Daerah Langkawi 2009

2 individu penting yg menjadi tenaga penggerak utama Mukhayyam..

Sesi pagi jumaat diisi dengan lawatan sambil belajar ke lapang sasar.. aku tak lupa try pegang2 rifel yang berharga RM25 000 selaras..

Peluru ini boleh membinasakan sasaran sejauh hampir 2km..

Sebelah malamnya ada persembahan pelajar..Us Khairul Anuar selaku Penolong Pengarah Bahasa Arab SPI JPN Kedah turut sama memantau perjalanan kem..

Masa budak lena... Ustaz2 fasi rehat2kan minda sembang2 sambil pekena teh panas..

Aku dan Aizul..tajuk perbincangan kami masa ni ialah macam mana nak tukar balik Alor Setar..

Perasmian penutupan dihadiri oleh 3 orang penolong pengarah...Us Somad PPK j-QAF, Us Khairul Anuar PP B.Arab dan Tn Hj Mohd Rushdan Azizan PPK Kurikulum Menengah yg bakal menjadi Dr tak lama lagi..

Aliff Aimran menyampaikan ucapan aluan wakil peserta.. tenang dan bersahaja..tahniah anak didik Us Nasir...

Ikrar dibaca sebagai bukti teguhnya semangat peserta memartabatkan Bahasa Arab dalam hidup mereka..

Ucapan Perasmian Penutupan Mukhayyam disempurnakan oleh Tn Hj Mohd Rushdan Azizan..
Mgkn ucapan rasmi yg terakhir sebelum berangkat menyambung pelajaran peringkat Doktor Falsafah di UPM.. Tahniah Ustaz!

Lama dah tak membidik ni...paling last aku ingat masa dok terbey (lastik) burung kecik2 dulu..

Us Nasrul berjaya dapat full mark sebab dapat tembak tepat ke tengah2 sasaran..

Persembahan murid.. Lagu-lagu macam Doraemon, Wonderpet, Bila Rasa Gembira dan banyak lagi telah berjaya di arabkan oleh mereka...tahniah..

Kedudukan kawasan khemah agak ke bawah dan terdapat tebing yang tinggi yang terpaksa didaki oleh peserta..ada yg dah terjatuh..mgkn blh dicadang kepada pihak Lisram untuk diperbaiki di masa akan datang ..

Barisan urusetia dan fasilitator bertungkus lumus memberi yang terbaik untuk peserta

No comments:

Post a Comment